Dilema Beruban? Ini Mitos Dan Fakta Yang perlu Anda Tahu!

Gambar: stylecraze.com

 

Teks: Izzati Saadin

 

Ada beberapa pengalaman perubahan fi zikal pada badan kita yang mengejutkan sama seperti apabila anda tersedar garisan wajah yang pertama ataupun mulai sedar pori wajah lebih besar dari sebelum ini. Ia adalah satu perkara yang anda tahu akan berlaku tetapi tidak menyangka ia akan berlaku secepat ini.

 

Dan baru-baru ini ketika ibu saya memotong rambut saya, dia telah menemui bukan satu, bukan dua malah juga bukan tiga tapi berhelai-helai uban pada rambut saya! Saat itu saya mulai panik, tergamam buat seketika, apatah lagi jauh di sudut hati berasakan diri ini masih anak kecil ibu saya.

 

Banyak perkara bermain di fi kiran, adakah semenjak saya bertudung maka uban mulai tumbuh? Atau adakah kerana saya pernah bersalin jadi segala nutrisi hilang? Selesai saja, saya bergegas dapatkan telefon pintar dan mulai ‘Google’ mengenai rambut beruban.

 

Gambar: womanonly.cz

 

To be exact, inilah carian saya “adakah normal beruban seawal 30 tahun?” Tapi hasilnya tidak mengecewakan, kerana rata-rata artikel membentangkan punca sebenar beruban adalah akibat stress dan genetik. Ada yang berusia seawal 20-an sudah punyai uban akibat genetik.

 

Jadi untuk saya yang berusia 30 tahun ini adalah normal untuk memilikinya. Namun masih terdapat banyak persoalan di kepala, adakah saya patut mencabut saja semua rambut putih ini? Tapi jika dicabut adakah segerombolan ‘kawan-kawannya’ pula akan muncul? Untuk anda yang punyai persoalan yang sama jom lihat apa yang saya temui.

 

RAWATAN RAMBUT DI RUMAH

Selain mewarnakan rambut anda juga mempunyai pilihan untuk mengamalkan petua tradisional seperti mencampurkan daun kari, daun inai, minyak kelapa dan yogurt. Kisar dan oleskan pada seluruh kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dan sisir rambut dengan rapi. Apabila diamalkan rambut akan menjadi lebih kuat, kurang uban dan tidak lagi keguguran.

 

MITOS

Jika uban dicabut, lebih banyak akan tumbuh.

 

FAKTA

Salah. Sebenarnya konsepnya begini, jika anda kerap mencabut uban, secara tidak langsung rambut anda akan menjadi lebih sedikit, dan anda lebih mudah untuk sedar perubahan warna akibat ‘dakwat’ rambut yang semakin berkurang ketika peningkatan usia, lantas akan lebih menampakkan yang rambut anda sebenarnya memang banyak yang beruban.

 

Malah apabila anda kerap mencabut uban, ini menjadikan folikel rambut anda rosak, dan akhirnya menyebabkan kehilangan rambut yang kekal. Jadi it’s a BIG NO! Kata Trikologis (Penganalisa Rambut), Anabel Kingsley, dari London ini, kebanyakan orang akan mengalami rambut beruban selepas mencecah usia 30 tahun. Ada juga yang memilikinya seawal usia 18 tahun dan ada juga yang mengalaminya lewat seperti 40-an. Semuanya bergantung pada genetik, tahap stres atau faktor pemakanan.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link