EH! Jurnal Selebriti Cantik & Stail 2015

 

Jurnal-Selebriti-Book-2015x

Jika tahun lalu kami kumpulkan rahsia dan panduan kecantikan daripada 15 artis ternama, tahun ini kami himpunkan pula tip daripada 17 selebriti, antaranya Izara Aishah, Lisa Surihani, Dayang Nurfaizah, Nabila Huda, Scha Alyahya, Cristina Suzanne, Marsha Milan, Sharifah Sakinah, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Dan jika dilihatkan pada barisan nama yang disebutkan tadi, masing-masing punya karakter dan personaliti yang berbeza. Kami percaya banyak yang boleh anda kutip daripada tip yang kami himpunkan ini.

Jika sebelum ini kami tunjukkan langkah demi langkah mencipta solekan muka depan EH!, kali ini buku Jurnal Selebriti ini kami lengkapkan dengan tutorial dandanan ringkas (empat gaya kesemuanya) yang kami percaya boleh anda praktikkan dalam gaya-gaya harian anda. Kami turut kumpulkan pelbagai gaya selebriti yang mungkin anda boleh jadikan rujukan serta inspirasi.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link