Eksperimen Warna Cinta

“Anda mungkin boleh terinspirasi daripada foto yang sudah tersedia ada, tetapi dengan menghasilkan inspirasi tersebut secara tersendiri, ia bakal melahirkan dimensi baharu pada proses pembikinan tersebut, dan nyata lebih mengujakan…” – Lucia Pica

 

 

Koleksi kosmetik Chanel musim luruh/sejuk 2017 melangkah masuk dengan satu eksperimentasi yang unik dan diluar akal pemikiran. Chanel Global Creative Makeup and Color Designer, Lucia Pica memulakan pengembaraanya di California dengan satu idea baharu dalam meneroka warna menerusi cahaya matahari terbit dan terbenam juga cahaya-cahaya yang bergemerlapan menerangi kota Los Angeles.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

STYLO SOURCILS WATERPROOF & SIGNATURE DE CHANEL

 

 

Antara yang menjadi signature Lucia ialah penggaris mata hitam serta kemasan solekan kening yang sempurna! Penggaris mata SIGNATURE DE CHANEL dan pensel kening STYLO SOURCILS WATERPROOF memberikan olesan yang mudah, kalis air, tahan lama dan tidak meninggalkan kesan comot. Tiada lagi masalah untuk mengasah pensel kerana pensel kening STYLO SOURCILS WATERPROOF ini sudah didatangkan dengan mata yang lurus dan tajam bersama berus sikat untuk kening.

Artikel Berkaitan

Copy link