Eksperimen Warna Cinta

“Anda mungkin boleh terinspirasi daripada foto yang sudah tersedia ada, tetapi dengan menghasilkan inspirasi tersebut secara tersendiri, ia bakal melahirkan dimensi baharu pada proses pembikinan tersebut, dan nyata lebih mengujakan…” – Lucia Pica

 

 

Koleksi kosmetik Chanel musim luruh/sejuk 2017 melangkah masuk dengan satu eksperimentasi yang unik dan diluar akal pemikiran. Chanel Global Creative Makeup and Color Designer, Lucia Pica memulakan pengembaraanya di California dengan satu idea baharu dalam meneroka warna menerusi cahaya matahari terbit dan terbenam juga cahaya-cahaya yang bergemerlapan menerangi kota Los Angeles.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

PALETTE ESSENTIELLE

 

 

Palette Essentielle tampil dengan tiga jenis produk; penyamar noda, penyerlah dan pemerah pipi yang boleh dikemaskan pada pipi dann bibir, kesemuanya dalam nafas moden. Lucia mahu menghasilkan efek solekan yang segar dan sihat seperti solekan-sokean yang sudah menjadi signatur beliau kala dalam pengambaran. Produk solekan 3 dalam 1 ini hadir dalam reka bentuk sleek dan mudah dibawa ke mana-mana. Hadir dalam tiga pilihan warna; Beige Clair, Beige Medium dan Beige Intense.

Artikel Berkaitan

Copy link