Elak Salah Beli, Ikuti 5 Cara Pemilihan Produk Skincare yang Tepat untuk Kulit Anda!

Mungkin masih ramai dalam kalangan wanita di luar sana masih tertanya-tanya tentang rahsia penjagaan kulit muka yang betul yakni bebas daripada sebarang cela dan punyai kulit wajah yang cantik dan licin.

 

 

Kini, sudah tiba masanya untuk anda mengemas kini meja solek dan kaji semula sama ada produk tersebut sesuai, memenuhi keperluan kulit muka atau sekadar memenuhkan meja solek. Cuba buang sikap untuk mencuba produk hanya kerana kawan-kawan atau terlihat influencer memakainya di Instagram.

Bukan apa, tidak semestinya produk yang mereka gunakan sesuai dengan kulit wajah anda. Bagi mengelakkan pembaziran, sebelum membeli sesuatu produk anda harus memahami dan kaji kulit anda terlebih dahulu dan apa yang anda inginkan pada kulit wajah. Di sini EH! kongsikan 5 langkah mudah pemilihan produk yang sesuai buat kulit wajah anda.

 

 

 

1. Produk Organik / Mesra Alam

 

Penggunaan produk organik sememangnya bagus untuk kulit. Ia dapat mengurangkan risiko alahan pada kulit wajah. Produk organik selalunya dirumuskan daripada bahan semula jadi. Ia tidak menpunyai sebarang kimia, wangian sintetik dan bahan daripada haiwan.  Selalunya proses bagi menghasilkan produk organik menggunakan teknologi moden bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan pengguanannya.

 

 

2. Fokus Kulit Wajah

 

Setiap kali masuk tahun baru pasti anda mempunyai azam untuk berjaya. Termasuk juga kulit. Sebagai contoh sekiranya anda inginkan kulit yang awet muda, anda harus mula menggunakan produk  anti-penuaan atau jika anda inginkan kulit yang lebih cerah, anda perlu beralih kepada produk yang berformulakan produk pencerah.

 

 

3. Produk drugstore/Harga mampu milik

 

Terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran. Tidak semestinya sesuatu produk itu dijual pada harga mampu milik tidak bagus.  Jangan menilai sesuatu produk berdasarkan harganya. Jangan pilih produk kerana ia berjenama mahal kerana tidak semestinya produk tersebut sesuai dengan kulit anda.

 

 

4. Produk Lokal

 

Jangan pandang rendah terhadap produk lokal. Ada sebahagiannya dicipta menggunakan teknologi dan formula setaraf dengan produk antarabangsa. Ia juga dapat memberikan hasil yang diingini sama seperti produk berjenama mewah. Cuma anda perlu buat kajian sedikit tentang latar belakang satu-satu jenama itu.

 

 

5. Trend Terbaru

 

Memang bagus jika kita mengikut trend terbaru supaya orang tidak melabelkan diri kita sebagai ketinggalan zaman. Tetapi harus diingat tidak semestinya produk trend terbaru sesuai dengan kulit kita. Fahami terlebih dahulu masalah kulit wajah anda dan cuba atasinya dengan membuat kajian sebelum membeli.

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link