Haruman Floral Sensual Buat Wanita Ini Mampu Buat Si Dia Tergoda

Setiap wanita impikan kesegaran berpanjangan seakan bunga-bungaan yang mekar di taman. Dengan haruman floral sensual ini bukan hanya mampu pastikan tubuh anda sentiasa wangi, bahkan boleh buat si dia terpikat serta-merta.

 

 

Ia direka oleh Francois Dermachy, J’adore L’or sebenarnya dilahirkan pada tahun 2010. Ia dicipta dari jambakan bunga yang kaya dengan aroma segar.

 

 

 

Dari Grasse, Perancis, bunga Jasmine Grandiflorum bersinar dengan kekuatannya, serta diselebungi nota floral buah-buahan. Dari tanah yang sama, May Rose mendemonstrasikan kehebatan sensualnya serta kecantikan segeranya yang lebih kepada aksen hangat.

 

 

Tidak jauh dari bunga-bungaan utama ini, terlerai bauan Tahitian Vanilla yang menggoda dan memukau deria bau kita dengan pesona yang agak menarik perhatian ramai. Segalanya berdansa bersama bunga eksotik Ylang Ylang, sementara Tuberose si bunga cantik serba putih membuatkan penghidu seakan terpukau dengan karakternya yang agak strong.

 

 

 

J’adore L’Or kini ibarat permata yang luar biasa. Dengan keharuman yang kaya floral, J’adore L’Or pastinya perlu menonjolkan imej yang terang serta memukau pandangan mata,

 

Hari ini, rekaan botol J’adore Amphora yang lebih panjang pada bahagian leher buatkan ia lebih istimewa daripada apa sahaja. House of Dior memilih untuk mengambil cabaran dalam menghasilkan J’adore L’Or dengan gerakan kecantikan organik serta menyuntik aura moden emas demi menyempurnakannya.

 

Meskipun ia diinspirasikan dari rekaan rantai leher pada tahun 2014, perincian hiasan terbaru ini telah pun berubah, yang mana ia diukir dengan ketepatan yang terbaik, golden ring tidak tebal dari gumpalan rambut, sensual dan sedikit gelombang ombak kecil.

 

Ia mengambil masa tidak kurang dari lima tahun untuk mencapai hasil yang cukup halus dan ukiran yang cukup tepat menonjolkan kemewahan J’adore L’Or.

 

J’adore L’Or adalah satu haruman yang ekstrem, gabungan nota-nota mewah. Bunga-bungaanya juga unik, dari berasaskan sumber tanah Grasse yang menyalurkan bunga-bunga yang tiada tandingan kualitinya.

 

 

Botolnya pula ternyata terbaik yang mana ia seakan sebuah rekaan yang mewah dan melalui proses teknologi tinggi.

 

 

“J’adore L’Or adalah sejenis harumah yang ekstrem. Wangian bunga-bungannya sangat luar biasa. Karakter orientalnya juga menyerlah, serta kaya dengan haruman floral. Keghairahannya seakan lukisan matiériste keseluruhannya yang dedikasi kepada kecantikan floral,” kata Francois Demachy, Pencipta Pewangi Dior.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link