Idea Cantik & Jimat

MENJADI CANTIK IDAMAN SETIAP WANITA. WANG BANYAK DIHABISKAN AGAR DIRI KELIHATAN CANTIK DI MATA KHALAYAK. KINI ANDA BOLEH TAMPIL MENAWAN, PALING MENYERONOKKAN TIDAK PERLU BERBELANJA BESAR.

Portrait young beautiful woman with necklace

Gambar: INGimage

1. BELI PRODUK DWI FUNGSI

Sebenarnya kebanyakan barang-barang alat solek anda boleh melakukan banyak keajaiban kerana mempunyai pelbagai fungsi yang tidak ketahui. Antaranya:
Usah beli krim mata – pelembap wajah boleh juga digunakan di bawah mata (bagi yang mempunyai kulit sensitif, anda tidak disarankan melakukan ini).
Gantikan celak dengan pembayang mata – Dengan berus kecil dan berbucu, dan sedikit air, pembayang mata juga boleh dibuat celak.
Gunakan produk dengan asas jeli petroleum – Ia boleh bertindak sebagai losen, pelembap bibir, pencuci mekap dan jika dicampurkan dengan garam laut, ia boleh dijadikan lulur badan.

2. KURANGKAN TABIAT MEMBELI

Kita mungkin lupa akan produk-produk yang jauh tersorok di dalam gerobok. Jika anda cari dengan betul, mungkin anda akan terjumpa sesuatu yang berharga. Elakkan membeli produk yang sama lebih dari satu kuantiti sehingga ia betul-betul habis. Pastikan anda sentiasa ke kaunter-kaunter kosmetik di pusat beli-belah bagi mendapatkan sampel percuma.

3. BUAT PRODUK SENDIRI

Produk buatan sendiri bermula di rumah dengan bahan-bahan natural. Dengan cara ini, anda boleh kelihatan cantik tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun! Antaranya:
• Guna ubat gigi atau ubat titisan mata untuk mengurangkan bengkak jerawat.
• Lumur sedikit minyak zaitun pada kulit yang kering dan kasar.
• Kehabisan krim mata? Guna sudu besar dan sejukkan dalam penyejuk beku.
Dengan berhati-hati, letak sudu di mata anda untuk mendapatkan efek sama krim mata.
• Guna minyak calona untuk minyak rambut rawatan panas.
• Cuba minyak bijan untuk selulit dan regangan kulit.

CARA JIMAT SI FASHIONISTA >>


Share via
Copy link