Ikon Fesyen, Chiara Ferragni Sahut Cabaran Berjemur Di Gurun Amerika

 

“Saya suka mengembara ke destinasi baru dan peluang yang diberikan oleh SK-II ini pastinya tidak mahu saya lepaskan. Saya tidak takut dengan cabaran fizikal kerana sememangnya saya sukakan berjalan jauh dan pengalaman melalui sendiri kondisi ekstrem membuat saya lebih teruja,” itulah kata Chiara Ferragni yang dibawa mengembara ke gurun Anza Borrego yang terletak di Amerika. Anza Borrego antara kawasan paling panas di Amerika.

 

Gambar : SK-II

 

Chiara adalah salah seorang selebriti yang dipilih sendiri oleh SK-II untuk membintangi kempen yang dinamakan sebagai SK-II: Face The Wild | Face the Camera Extreme Expeditions, yang mana kempen ini turut mendapat kerjasama daripada National Geographic.

 

Gambar : SK-II

 

Kembara Chiara ke sana ditemani oleh Hannah Reyes, pengembara muda National Geographic. Hannah mendokumentasikan pengalaman kembara Chiara ke gurun yang terletak di barat Amerika itu. Selain mendokumentasikan pengalaman kembaranya di sana, Chiara turut menyahut cabaran dirakamkan wajahnya oleh jurugambar fesyen terkenal , Jesper Mcllroy.

 

Pitera™ Penyelamat Kulit

 

Kandungan Pitera™ yang mencecah 90 peratus kandungannya di dalam SK-II Facial Treatment menjadi pembantu utama dalam memastikan kulit wajah dibelai sempurna agar fungsi semula jadi kulit dapat bertindak sendiri dalam memastikan kulit tampak sihat bercahaya. Manfaat yang terkandung di dalam Pitera™ mengunci lembapan kulit, jadi kulit akan kekal hidrat biar apa pun keadaan cuaca sekeliling.

 

“Sebagaimana teruja sekalipun saya memulakan projek dan kembara ini, saya juga bimbang tentang kondisi kulit saya. Saya mahu ia kekal lembap dan dilindungi. SK-II Facial Treatment Essence benar-benar membantu dalam memastikan kulit saya kekal hidrat dan berseri sepanjang ekspedisi kembara ini,” kata Chiara yang setakat ini sudah mempunyai lebih 8 juta pengikut di Instagram.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link