Inginkan Kening Kemas Rapi On Fleek Segera? Set Edisi Terhad Benefit Ini Jawapannya

Set 5 dalam 1 dari Benefit ini boleh dikatakan paling berpatutan dengan hasilnya yang cukup memuaskan.

 

 

 

Jenama produk kecantikan terkenal dunia ini kali ini hadir dengan satu set kecantikan untuk kening edisi terhad yang mana ia hanya boleh didapati pada harga RM310 setiap set, harga asalnya adalah RM760. What a magical big deal!

 

Set ton 3

 

Setiap item yang hadir di dalam set ini semuanya bersaiz penuh dan ia juga hadir dengan 1 pro tool serta tip dan trik pemakaiannya. Ia tersedia dalam dua ton iaitu ton 3 dan 5.

 

Set Ton 5

 

Set ini termasuklah Foolproof Brow Powder (yang mana memberikan look kening penuh natural), Precisely, My Brow Pencil (pensel kening ultra-fine), Goof Proof Brow Pencil (pensel pembentuk kening paling mudah), Ka-BROW! (gel-krim kening hadir dengan berus), Gimme Brow+ (gel volumizing fiber kening), dan Angled Brow Brush & Spoolie.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link