Ini Rahsia Kulit Wajah Tampak Muda Remaja

Antara faktor anda kelihatan berusia adalah kerana kondisi kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya. Ditambah pula jika anda malas bersolek setiap pagi sebelum ke tempat kerja.

 

Gambar : Shutterstock

 

Laman web Bright Side tampil dengan tip kecantikan yang mudah dan mampu menaikkan seri wajah terutamanya selepas bangun pagi. Semestinya anda perlu mandi terlebih dahulu! Kemudian amalkan pupur ini setiap pagi selama dua minggu.

 

Apa yang anda perlukan:

Hanya serbuk kopi halus dan susu rendah lemak. Bukan untuk minum, tetapi sebagai pupur wajah.

 

Bahan yang diperlukan:

Serbuk kopi halus

Susu segar

 

Cara penyediaan:

  1. Campurkan serbuk kopi dengan susu segar dan gaul sebati menggunakan sudu sehingga menjadi pes yang pekat.
  2. Gunakan sudu untuk mengoles pupur ke wajah. Boleh juga untuk letakkan beberapa titis minyak essential seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun ataupun sedikit madu organik.
  3. Elakkan mengoles pupur di bahagian mata dan bibir.
  4. Biarkan pupur kering dalam 15-20 minit dan bilas dengan air suam.
  5. Sebagai penutup bilas sekali lagi dengan air sejuk untuk menutup pori wajah.
  6. Kemudian jangan lupa oles serum dan krim pelembap sebelum memakai mekap.

 

Kebaikan

Pupur ini membuatkan wajah kamu segar, melancarkan perjalanan darah dan membaiki kompleksi kulit menjadi lebih sihat.

 

Sumber : Cosmopolitan.my

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link