#IzzatiSays – Bila Bibir Berbicara

Teks : Izzati Saadin

 

 

Cakap cantik bersama Timbalan Pengarang Kecantikan, Izzati Saadin dan untuk isu kali ini: Calit gincu rona terang for instant makeover!

 

 

 

 

Wanita mana yang tidak suka gincu? Melihat pada video anak kecil pelakon Singapura terkenal Aaron Aziz pun tular dek kerana liciknya dia meminta sponsor set gincu daripada M.A.C Cosmetics! Pemakaian gincu bukan sahaja terhad kepada finishing, namun dengan wajah yang polos apabila dicalitkan gincu berona terang, bagaikan magis, wajah terus tampak menyerlah dan menawan! Untuk menyuntik mood pada hari-hari anda tahun baru ini calitkan gincu terang seperti fuchsia, berry atau oren! Wajah anda akan tampil from ordinary girl to It girl!

 

 

Rona Fuchsia

Atau dikenali dengan merah jambu terang. Siapa kata kalau oles gincu rona ini wajah tampak garang? Sebenarnya ia bergantung kepada tekstur. Jika anda tidak fancy kemasan yang terlalu menyerlah, jadi elakkan tekstur pusam (matte). Jika anda mahu tampak so feminine yet so chic cuba oleskan pengilat bibir rona ini. Selalunya pengilat bibir atau glos hadir dengan rona yang lebih lembut dan subtle.

 

Rona Berry

Kadang kala apa yang wanita mahukan hanyalah bibir yang bold namun bebas comot! Dan rona yang tepat untuk itu adalah rona berry dengan tekstur pusam. Matte Liquid Lipstick selalu menjanjikan kemasan yang kekal lama dan bebas kesan gincu.

 

Rona Oren

Agak sukar dan tricky apabila menggunakan gincu rona jingga ini. Bimbang gigi tampak kuning, kulit tampk pucat atau gelap dan rona terang begini mudah untuk mata menangkap cela pada wajah. Apa yang anda boleh lakukan cari gincu jingga yang mempunyai asas merah. Lupakan yang berasas kuning. Dan untuk kulit sawo matang pula jadikan koral atau merjan sebagai peneman bibir mungil anda!

 

Kata Jurusolek Profesional, Cat Yong

Jika tampil dengan gincu terang, biarkan wajah dengan solekan polos. Asas pun sudah cukup. Cuma bahagian mata jika mahu berat sedikit, alitkan maskara dan penggaris mata yang minimal!

 

Lima gincu terang bawah RM50 yang anda boleh cuba

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. NYX Soft Liquid Lipstick RM35

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link