Bibir Hitam dan Kusam? Cegah Secara Semula Jadi dengan 5 Bahan ini!

Bibir yang munggil dan sihat pasti menjadi dambaan buat setiap individu. Tidak dinafikan, keadaan bibir yang kering dan kusam pasti membuatkan anda rasa tidak selesa. Rentetan daripada itu, sikap keterbukaan masyarakat kini yang semakin menerima budaya cantik itu adalah untuk ‘semua’ semakin mendapat tempat di kalangan orang kita.

 

Gambar: Aesthetics Journal

 

Sependapat dengan itu, tidak kira lelaki mahupun wanita, bibir bukan sahaja mencerminkan imej dan personaliti sesorang, malah ia juga adalah bayangan kesihatan terhadap individu itu sendiri. Namun tidak syak lagi, kesihatan bibir merupakan sebahagian daripada aset penting yang harus dijaga rapi oleh setiap insan.

 

Namun, apakah solusi terbaik bagi mendapatkan bibir yang sihat secara semula jadi tanpa sebarang suntikan mahupun pembelian produk di pasaran? EH! kongsikan beberapa tips penjagaan bibir yang berkesan moga kelihatan munggil dan sihat persi Angelina Jolie.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

Gambar: Deherba.com

 

KUNYIT

 

Penggunaan kunyit amat sinonim dengan rutin kecantikan dan kesihatan masyarakat India. Malahan, kunyit juga merupakan salah satu cara berkesan bagi mendapatkan bibir yang sihat. Caranya, campurkan satu sudu susu bersama serbuk kunyit. Kemudian, ratakan campuran berkenaan ke seluruh bibir selama lima minit. Bilaskan dengan air dan lihat hasilnya dalam beberapa hari. Pasti ada perubahan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link