Bibir Hitam dan Kusam? Cegah Secara Semula Jadi dengan 5 Bahan ini!

Bibir yang munggil dan sihat pasti menjadi dambaan buat setiap individu. Tidak dinafikan, keadaan bibir yang kering dan kusam pasti membuatkan anda rasa tidak selesa. Rentetan daripada itu, sikap keterbukaan masyarakat kini yang semakin menerima budaya cantik itu adalah untuk ‘semua’ semakin mendapat tempat di kalangan orang kita.

 

Gambar: Aesthetics Journal

 

Sependapat dengan itu, tidak kira lelaki mahupun wanita, bibir bukan sahaja mencerminkan imej dan personaliti sesorang, malah ia juga adalah bayangan kesihatan terhadap individu itu sendiri. Namun tidak syak lagi, kesihatan bibir merupakan sebahagian daripada aset penting yang harus dijaga rapi oleh setiap insan.

 

Namun, apakah solusi terbaik bagi mendapatkan bibir yang sihat secara semula jadi tanpa sebarang suntikan mahupun pembelian produk di pasaran? EH! kongsikan beberapa tips penjagaan bibir yang berkesan moga kelihatan munggil dan sihat persi Angelina Jolie.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Gambar: Zahirah Hafizan

 

MADU

 

Tidak dinafikan madu merupakan anugerah Tuhan yang tiada galang-gantinya. Khasiatnya yang kaya dengan kemujaraban sememangnya baik untuk kesihatan luar dan dalaman manusia. Bagi mendapatkan hasil yang berkesan, oleskan madu di permukaan bibir secara menyeluruh dan biarkan selama 15 hingga 20 minit supaya khasiatnya meresap dengan sempurna. Kemudian, bilas bibir anda dengan air sehingga hilang rasa madu. Praktikan rutin ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan EH! yakin bibir akan kelihatan cerah dan kemerahan selepas beberapa minggu.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link