Kawal Rambut Rosak

Oleh Izzati Saadin

 

Malena_Bronde_RVBGambar: L’Oreal Professionnel

 

Merawat rambut rosak tidak bermakna anda terhad menggayakan rambut anda, cuba tip dan trik mudah untuk rambut sihat dan bergaya!
 
Untuk memiliki rambut yang sihat sempurna bukanlah sesuatu yang sukar jika anda tahu caranya. Kata orang “better work smart than work hard”, yakni tidak perlulah terus mengambil gunting dan potong pendek terus rambut anda, dan bukanlah terus tidak menggunakan pengering rambut lantas ke pejabat dengan rambut lembap. Ketahui apa yang anda patut lakukan dan apa yang lebih realistik untuk anda sembunyikan kerosakan dan mengelakkannya dari terus rosak!

 

Patut Lakukan

 

Lebih Realistik

 

Biarkan rambut anda kering semula jadi

  Anda pasti sudah tahu kesan buruk haba pada rambut anda bukan? Ia akan membuatkan rambut lebih kering dan rapuh. Ini kerana haba akan melembutkan keratin rambut dan menyerap lembapan ketika proses pengeringan.

Minimumkan pendedahan pada haba

Sebenarnya apa yang penting adalah, cuba serap air pada rambut sebanyak yang boleh dengan tuala terlebih dahulu, atau perah rambut sehingga kurang air pada rambut. Rahsianya lebih sedikit air pada rambut lebih kuranglah kerosakan yang boleh dihadapi.

 

Syampu Rambut tiga kali sehari

Semua pakar dermatologi akan menekankan rambut tidak boleh dicuci setiap hari kerana ia akan membantutkan penghasilan minyak semula jadi.

Syampu dengan betulPertama sekali cuba basahkan rambut dengan sebetulnya sebelum syampu, lebih basah rambut maka lebih sedikit penggunaan syampu, maka rambut tidaklah mudah rosak walaupun di syampu setiap hari.

Kedua, cuba syampu pada dua inci daripada kulit kepala, fokuskan pada bahagian itu kerana di situlah tempat penghasilan minyak yang berlebihan. Usah hiraukan hujung-hujung rambut.

Hentikan mewarna rambutMewarnakan rambut ibarat meletakkan satu amaun bahan kimia yang banyak sekaligus pada rambut, lantas menyebabkan rambut hilang lapisan perisainya. Sebaik lapisan itu hilang, sukar untuk rambut tampak berkilat.Penjagaan Perlulah betulApabila anda mewarnakan rambut, anda perlu sedar tanggungjawab anda pada rambut adalah dua kali ganda. Jadi pastikan anda menggunakan syampu khas untuk rambut berwarna, dan pastikan anda elak mencuci rambut terlalu kerap.
Terima Keadaan rambut seadanyaJangan lakukan apa-apa pada rambut seperti ‘rebonding’ ‘perm’ dan sebagainya. Ia akan membuatkan kutikel rambut rosak sepenuhnya jika kerap dilakukan.Gayakan dengan berhati-hatiMudah saja, gunakan alat penggaya rambut yang diperbuat daripada seramik berbanding besi. Dan sentiasa menggunakan produk rambut yang berupaya melindungi rambut dari haba.

 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link