Kebun Bunga Ini Eksklusif, Bukan Sembarangan Boleh Masuk

In the field of CHANEL

Di awal musim luruh, saya diterbangkan dari Kuala Lumpur ke Nice, Perancis dibawa menjenguk ladang bunga Chanel yang terletak di Grasse, Perancis. Oh what an experience! “Dibuka untuk melawat tak?”, “Orang luar boleh masuk tak?”, itu antara soalan-soalan yang saya terima sebaik sahaja saya berkongsi gambar saya memetik bunga di ladang bunga Chanel yang terletak di selatan Perancis. Ya, ini antara pengalaman menarik sepanjang saya bergelar penulis sejak 12 tahun dulu. Siapa sangka, jika selama ini saya hanya mengagumi bau haruman Chanel No. 5, takdir dan rezeki telah membawa saya menjejakkan kaki ke kebun yang menjadi sumber bahan utama haruman ikonik Chanel itu.

Saya di hadapan pejabat pengurusan ladang bunga Chanel di Grasse, Perancis

Kebun bunga Chanel ini dipenuhi dengan lima bahan utama haruma-haruman Chanel, antara yang ditanam di sini ialah May rose, tuberose, geranium roast, jasmine atau bunga melati dan juga iris. Sewaktu saya ke sini bunga May rose tiada sekuntum pun kerana bunga ini hanya hidup dan dipetik pada bulan Mei, dan kerana itulah namanya May rose. May rose boleh berkembang paling lama tiga minggu dalam bulan Mei.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link