Kembali Bertenaga Dengan Tarocco Orange

[wowslider id=”10″]

Crabtree & Evelyn terkenal sebagai perintis produk penjagaan kulit yang dihasilkan dengan bahan-bahan botani semula jadi. Selari dengan motonya ‘Explore Everything & Keep The Best’, Crabtree & Evelyn kali ini meneroka Itali dan memperkenalkan oren Tarocco atau lebih dikenali sebagai Oren Darah Sicilian di dalam produk terbaru mereka.
Buat kali pertama, para media  diperkenalkan kepada Tarocco Orange Eucalyptus & Sage daripada Crabtree & Evelyn baru-baru ini. Dengan kempen ‘Get Energized’ anjuran mereka, wakil media dijemput  menari Zumba sebelum mencuba sendiri produk terbaru ini. Tarian Zumba sememangnya terkenal di Malaysia sebagai tarian kecergasan utama di gimnasium terkemuka di Malaysia. Tidak pernah berzumba? Jom, kita saksikannya di bawah ini!

Setelah selesai menari zumba, kami diberikan  produk ini untuk merasai sendiri keberkesanannya. Oren Tarocco mempunyai kepekatan antosianin antioksidan dan vitamin C yang lebih tinggi daripada buah oren biasa. Gabungan oren ini  dengan Eucalyptus dan Sage mampu menyegarkan dan menenangkan kulit terutamanya di dalam cuaca panas, lembap dan ketika anda dibasahi peluh.
 
Pengalaman menggunakan produk ini membuatkan kami berani untuk mengesyorkannya kepada anda. Kulit terasa segar selepas penggunaannya, apatah lagi anda mandi menggunakan air sejuk. Baunya turut kekal sepanjang hari dan mampu menghalang bau badan kerana produk ini mengandungi protein yang mampu meneutralkan bau. Anda boleh rasai sendiri tenaga yang disalurkan oleh gel mandian, losen kulit, skrub badan, souffle kulit, semburan pelembap dan terapi tangan Tarocco Orange kepada kulit anda. Ia sudah pun berada di pasaran dengan harga RM65 ke atas.

Share via
Copy link