Ketahui Aroma Dan Cara Pemiilihan Wangian Yang Tepat Dengan Diri Anda

Gambar: beautysouthafrica.com

 

Teks: Azliany Mohamad

Sejak azalinya, wanita memang sedia kala menyemburkan satu wangian yang ringan (nota buah-buahan atau flora) di cuaca yang panas dan lembap. Manakala aroma yang lebih kuat menjadi pilihan kala kembara ke tempat-tempat sejuk. Bagi wanita yang mempunyai wangian signature pula akan memilih EDT disemburkan pada musim panas dan EDP waktu musim sejuk.

 

Namun sekarang itu tidak lagi menjadi batasan kerana kini banyak rumah-rumah wangian hadir dengan ilham mainan formula yang pelbagai. Apa yang segar dan apa pula yang lebih menusuk aromanya tidak diklasifikasikan dengan EDT atau EDP.

 

Ya, saya tahu anda memang sudah mempunyai wangian kegemaran yang disembur setiap hari dan setiap musim. Namun tahukah anda badan anda memberi reaksi yang berbeza pada wangian mengikut suhu badan. Jadi apa yang anda semburkan di musim panas aromanya mungkin tidak sama jika disemburkan pada musim sejuk.

 

Gambar: liveabout.com

 

Di sini EH! kongsikan cara pemilihan wanginan yang betul dan kena dengan diri anda.

 

1.  Jangan mengadili wangian pada bauan pertama. Untuk ketahui aroma yang sebenar anda perlu biarkan dalam 10 minit barulah aromanya sampai ke ‘hati’ wangian tersebut. Ia adalah aroma yang akan melayang paling lama kata pakar pembuat haruman, Frederic Malle.

 

2.  Untuk aroma yang berpanjangan, pilih wangian yang berasaskan minyak. Elakkan yang jenis EDP, EDT atau alkohol.

 

3. “Mencari wangian tidak semestinya berdasarkan dari umur atau warna rambut anda, anda seharusnya jatuh cinta pada wangian anda dengan itu anda telah temui wangian yang tepat. Dan cara untuk mencari wangian adalah anda harus mencubanya pada kulit sendiri, kerana wangian pada kulit setiap orang adalah berbeza. Dan untuk mencari wangian yang tepat agak memakan masa, sesetengah wanita hanya dapat bau tiga jenis aroma maksimum, selebihnya mereka hanya dapat bau alkohol. Jadi selepas mencuba tiga wangian, cuba rehatkan deria bau anda selama 20 minit.” – Camille Goutal

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link