Koleksi Solekan Terbaru Kim Kardashian Habis Terjual Dalam Masa Tiga Jam

Projek terbaru Kim Kardashian West berjaya mengaut keuntungan berjuta-juta dolar Amerika dalam masa beberapa minit sahaja selepas ia dilancarkan pada Rabu lalu.

 

Gambar : Instagram KKW Beauty

 

Tidak mahu kalah dengan adik perempuannya, Kylie Jenner, Kardashian berjaya melancarkan barisan kosmetik sendiri. Hanya beberapa minit selepas ia dilancarkan untuk jualan, Kardashian mengumumkan yang mana rona medium dan light produknya sudah habis dijual.

 

Kesemua 300,000 kits habis dijual dalam masa tidak lebih dari sejam, sekaligus mengaut USD$14.4juta keuntungan. Item solekannya termasuklah Crème Contour dan Highlight Kits (USD$48) yang mana digunakan untuk mencapai look kontur yang sering dilihat pada solekan adik-beradik Kardashian.

 

 

Kits tersebut hadir dengan empat rona bersama pen kontur serta berus double-ended blending. Sebelum ini, Kardashian dan Jenner berkolaborasi bersama untuk KKW x Kylie Lip Kits yang dijual pada harga USD$45. 300,000 unit habis dijual dalam beberapa minit dan menjadikan keuntungan mereka sebanyak USD$13.5juta.

 

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Kardashian bakal mengikuti jejak langkah adiknya dalam pengembangan produk kosmetiknya.

Share via
Copy link