Kompak Kusyen Bergemerlapan

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kehadiran bedak asas kusyen kini telah menukar pandangan kita terhadap bedak asas yang sedia ada, mengapa? Kerana ia ringan, dan formula skin-perfecting yang didatangkan bersama menghasilkan kulit tampak lebih berseri.

 

 

Sudah menjadi perintis buat inovasi bedak kusyen, Laneige kali ini tampil dengan bedak asas kusyen generasi ketiga dengan rekaan bekas lebih sleek, lebih menawan!

 

BERSINAR BAGAI BINTANG

Buat pertama kali, Laneige berkolaborasi bersama Swarovski dalam menghasilkan rekaan bekas kompak yang cukup elegan dan unik. Bersama idea signature latar belakang hologram, susunan batu Swarovski  pada bekas bedak kusyen edisi terhad ini ternyata mencuri perhatian dengan kemilauannya.

 

PERINCIAN ISTIMEWA

Ia mengambil masa dan tenaga untuk menghasilkan sebuah bedak asas kusyen yang sempurna, EH! senaraikan apa istimewanya Laneige BB Cushion generasi ketiga ini:

 

 

  • Skin Fit Cushion hadir dengan bentuk cetak berlian 3D pada permukaan kusyen, ia 30% lebih padat berbanding isian semula bedak kusyen lain, ini adalah untuk mengelakkan pembaziran juga liputan yang menyeluruh setiap kali aplikasi!
  • Puff yang dinaik taraf membolehkan anda mengambil jumlah bedak yang tepat, hasilnya solekan tampak lebih sekata tanpa kesan tompok dan tampak tebal.
  • Dirumus bersama Water Bank Hydro Ion Mineral Water, ia mengandungi enam jenis adunan mineral seperi zink, magnesium, kalsium, potasium dan banyak lagi. Hasilnya kulit lebih terhidrat lebih lama.
  • Vitamin A, C dan E menyerap jauh kedalam lapisan kulit untuk merangsang kelembapan bagi hasil seri yang berpanjangan.
  • Super Flex Lasting Technology pula menjadikan Laneige BB Cushion tahan lebih lama dengan kesan lembut dan warna kulit yang sekata sepanjang hari.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link