Lebat & Lentik! Ikuti 8 Cara Ini Untuk Dapatkan Palitan Maskara Yang Sempurna

Dari kiri : Sisley So Volume Mascara RM235 / Le Volume de Chanel RM132 / Benefit Cosmetics Roller Lash Mascara RM131 / Shiseido Controlled Chaos Mascara Ink RM120 / Diorshow Mascara

 

keseluruhan wajah tidak akan tampak menyerlah walaupun pembayang mata dioles setebal mana pun. Menyedari kesan dramatik dari helaian bulu mata yang panjang dan melentik, penggunaan aksesori mata seperti maskara berkesan untuk menjelmakan solekan memukau dengan serta-merta, lihat saja contoh selebriti dengan gelaran ratu bulu mata seperti Rozita Che Wan dan Anzalna, matanya cukup mengesankan dengan pembawaan bulu mata tebal. Jadi untuk memiliki mata menyerlah ikuti tip mudah untuk aplikasi maskara agar ia kekal lama tanpa kesan comot atau bergumpal.

8 LANGKAH

  • Ketahui jenis maskara yang sesuai untuk bulu mata, jika anda inginkan kesan yang lebat pilih maskara jenis ‘volume’ sekiranya inginkan bulu mata panjang dan melentik gunakan maskara ‘long extended lashes’. Jika mahu kedua-duanya cari saja maskara yang mempunyai efek gabungan volum dan extended!

 

  •  Selepas pembayang mata diadun sempurna, gunakan alat pelentik bulu mata jika anda memiliki bulu mata pendek dan lurus. Kepitnya dengan turutan tiga kali serta merta dari pangkal hingga ke hujung.

 

  • Sapukan asas maskara untuk memanjangkan serta melebatkan bulu mata. Ia berwarna putih dan perlu disapu dari arah pangkal bulu mata hingga ke hujung.

 

  • Langkah ini adalah pilihan, terserah jika anda ingin melakukannya atau tidak. Gunakan serbuk fi ber khas untuk dioleskan pada mata untuk kesan bulu mata yang lebih lebat dan tebal.

 

Dari kiri : MARC JACOB Beauty Mascara RM122 / STILA Huge Extreme Lash Mascara RM89 / ESTEE LAUDER Double Wear Extreme Zero-Smudge All-Effects Mascara RM95 / LANEIGE String Long Lash Mascara RM75

 

  • Mula mengacu berus dari arah sudut mata menuju ke luar, satupersatu dengan gerakan zig-zag. Cuba beberapa posisi untuk menambahkan lentikan. Jangan berkedip dulu sehingga anda yakin maskara sudah mula mengering. Sapukan lapisan kedua untuk menambah kesan dramatik.

 

  • Palitkan pada bulu mata bahagian mata juga untuk kesan mata yang tampak galak.

 

  • Sapukan lapisan kedua maskara di atas dan bawah bulu mata adalah perlu sebelum lapisan pertama kering. Jika tidak, ia akan gugur dan masuk ke dalam mata.

 

  • Apabila maskara kering, nyahkan ketulan yang tinggal dengan sikat bulu mata. Ini juga membuatkan bulu mata anda tampak lebih semula jadi.

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link