Legasi Inspirasi Sebenar Perancis

Jika anda merasakan seni bina Perancis direka berdasarkan legasi klasikal, jadi wanita yang berjalan di sekitar bangunan majestik kota itu menyempurnakan lagi satu pemandangan pergerakan terbaik.

 

 

Tahun ini, pertandingan L‘Oréal Professionnel Style & Colour Trophy 2019 yang boleh digelar Oscars untuk industri dandanan rambut bakal berlangsung secara besar-besaran di MITEC pada 14 Februari 2019 dengan tema "Create Your Own Parisian Style".

 

EH! himpunkan hasil dandanan dari 12 orang finalis yang mana memberi penghormatan kepada pendandan rambut profesional, rona dan fesyen ala Perancis.

2 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

#SUPERNOVA

 

 

Yap Boon Han, Centro W Salon

“Sebut tentang festival, champagne yang berlegar di minda – ekstravaganza, semangat, pesona dan romantis. Dalam rekaan saya, aura Perancis dipertonjolkan di dalam balayage, satu teknik pewarnaan berperingkat Perancis. Di sini, ia bermula dengan rona ungu terang berkilau di bahagian atas ke kuning keemasan di bahagian tengah dan akhir sekali, rona biru ais di penghujungnya. Ia hampir seakan buih champagne yang naik menerus ke atas. Ia adalah rona yang amat sesuai untuk masyarakat Asia yang mana ia boleh membuatkan kulit kelihatan cerah dan dandanan rambut lebih bold.”

Model May Chuah
Fesyen Milik stylist

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link