Legasi Inspirasi Sebenar Perancis

Jika anda merasakan seni bina Perancis direka berdasarkan legasi klasikal, jadi wanita yang berjalan di sekitar bangunan majestik kota itu menyempurnakan lagi satu pemandangan pergerakan terbaik.

 

 

Tahun ini, pertandingan L‘Oréal Professionnel Style & Colour Trophy 2019 yang boleh digelar Oscars untuk industri dandanan rambut bakal berlangsung secara besar-besaran di MITEC pada 14 Februari 2019 dengan tema "Create Your Own Parisian Style".

 

EH! himpunkan hasil dandanan dari 12 orang finalis yang mana memberi penghormatan kepada pendandan rambut profesional, rona dan fesyen ala Perancis.

6 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

#SACREBLANC

 


Nicholas Wong Kok Meng, Kimo Hair Artist

“Sesetengah mengatakan yang ia kelabu pada musim sejuk di Paris. Tetapi dengan salji putih yang mencair di atas bangunan batu berona kelabu, ia seakan ada satu aura seakan dalam mimpi dan penuh kecantikan untuk kota romantis itu. Saya menghasilkan semula tona kelabu yang mana dari terang ke lebih gelap menggunakan teknik mewarna Perancis, balayage.  Saya membenarkan rona itu mengalir sendirinya, memberikan tahap efek visual yang berbeza bergantung pada sudut dan arah yang anda cari. Sementara itu, potongan 45 darjah menjadikannya seakan rona gradient yang digabungkan semua menghala ke bahagian hujung rambut, membuatkan rambut kelihatan lebih volum dan solid.”

Model JiaJia
Fesyen Brian Khoo

 

Share via
Copy link