Lima Masalah Kulit, Lima Solusinya

Semalas manapun anda, pasti ada cara paling ringkas untuk menghasilkan kulit sempurna!

 

Gambar ; Shutterstock

 

Setiap hari kita akan mengalami masalah kulit yang berbeza-beza, kusam, berjerawat mahupun mata yang sembap. EH! kongsikan panduan ringkas bagi mengatasi setiap masalah kulit.

 

1. Kulit Kusam

Sepatutnya: Lakukan pengelupasan kulit sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ia akan menghasilkan kulit yang cerah berseri. Malah dengan penggunaan berus wajah, ia mampu menggandakan hasilnya!

Tip: Ketika duduk tundukkan kepala anda pada paras lutut dalam satu minit. Apabila kepala berada lebih rendah daripada jantung,

graviti akan menarik dan melancarkan pengaliran darah pada wajah anda. Dengan itu, kulit akan menjadi lebih segar dan tampak kemerahan semula jadi.

 

2. Mengurangkan Kemerahan

Sepatutnya: Masalah kulit merah-merah sering dialami oleh mereka yang memiliki kulit sensitif. Penyelesaiannya, pilih produk dengan label ‘calming’, ‘soothing’ dan ‘anti-redness’ untuk memberi magis pada kulit yang kemerahan.

Tip: Rendamkan tuala bersih di dalam susu berais, kemudian sapukan pada bahagian kemerahan. Kandungan protein dan efek dingin dapat meredakan kemerahan. Selain itu anda juga boleh cuba oleskan isi kapsul minyak ‘evening primrose’ pada kawasan yang kemerahan untuk meredakan kerengsaan kulit.

 

3. Mengurangkan Kedutan

Sepatutnya: Penggunaan pelindung matahari seperti SPF dapat mengelakkan kulit  berkedut, namun dengan lapisan

serum antioksida dan Vitamin C ia dapat memberikan perlindungan ekstra pada kulit serta merawat kedutan.

Tip: Ambil 500-miligram Vitamin C setiap hari, ini kerana badan anda memerlukannya untuk menghasilkan kolagen. Anda boleh ambil Vitamin C ini secara dimakan ataupun disapu pada kulit.

 

4. Rawat Sembap Mata

Sepatutnya: Redakan kesembapan bawah mata dengan pelembap yang mampu mengurangkan rengsa seperti serum bebuli.

Tip: Tidur dengan dua bantal sebagai alas kepala. Melalui cara ini ia dapat mengawal cecair agar terus ke bahagian bawah mata, lantas kelembapan dapat kekal di bawah mata dan menghasilkan mata yang segar keesokan hari.

 

5. Hilangkan Jerawat

Sepatutnya: Oleskan krim merawat jerawat dengan kandungan 5 peratus asid salisilik ataupun 2.5 peratus benzoyl peroxide. Dengan cara ini ia dapat meredakan jerawat dalam masa sekurang-kurangnya satu minggu.

Tip: Sebahagian anda sedia maklum bahawa ‘eye drop’ dapat membantu menghilangkan kemerahan mata, samalah juga jika disapukan pada jerawat. Namun ia tidak berkesan untuk mengeringkan jerawat.

 

Share via
Copy link