Menangi Trip Ke Paris Dengan Hanya Dua Langkah Mudah Ini

Impikan percutian ke Paris? Siapa tahu bulan Mac ini anda berpeluang untuk diterbangkan ke Paris serta menjadi salah seorang tetamu untuk menonton pertandingan L’Oreal Professionnel Style & Colour Trophy secara eksklusif.

 

Gambar : Shutterstock

 

Pemenang Style & Colour Trophy Champion yang mewakili Malaysia untuk bertanding di L’Oreal Professionnel SCT 2019 di Paris bakal berlangsung pada bulan Mac nanti. Pentas finalnya di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 14 Februari depan bertempat di Kompleks MITEC Kuala Lumpur.

 

 

 

L’Oreal Professionnel Style & Colour Trophy 2019 merupakan satu tanda aras buat kumpulan pendandan rambut yang mana ia memberi pengiktirafan untuk pendandan terbaik dalam industri dandanan rambut. Ia adalah satu peluang untuk mereka menonjolkan bakat ke mata dunia menerusi kreativiti, usaha dan kualitinya. Ia memberikan inspirasi buat kumpulan penggaya rambut dan wanita di seluruh dunia dengan tema ‘Create Your Own Parisian Style’ yang bercirikan keaslian dan gaya berinovasi. Tahun ini ia menjadi tahun ke-110 mereka menyambut legasi Parisian.

 

Pertandingan ini tidak hanya membawa finalis ke ibu kota Perancis itu, malah menerusi kategori People’s Choice Award, seorang pemenang atau konsumer turut berpeluang diterbangkan ke sana hanya untuk menonton pertandingan itu nanti yang eksklusif atas jemputan sahaja berserta makan malam koktel sekaligus menikmati keindahan kota Paris selama empat hari tiga malam. Pemenang juga akan dibawa meneroka bandar simbolik cinta ini bersama tour guide selama satu hari. Bukan itu sahaja, pemenang juga akan menerima produk dari Lancôme bernilai RM500.

 

Ingin menjadikan impian anda ke Paris menjadi kenyataan? Mudah sahaja. Apa yang anda perlu lakukan ialah:

 

  1. Undi look kegemaran anda untuk mereka yang bersaing di dalam Style & Colour Trophy di link ini.
  2. Nak peluang yang lebih tinggi lagi? Beli produk L’Oreal Professionnel di mana-mana salun kerjasama L’Oreal Professionnel untuk menyertainya dengan lima entri dan berpeluang memenangi trip ke Paris.

 

Tunggu apa lagi? Shop, undi dan Paris!

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link