Nicki Minaj Anggun Dengan VIVA GLAM

Semua pasti kenal Nicki Minaj yang sentiasa berani  dalam penampilannya. Bukan sahaja dia berani berpakaian pelik, tetapi keyakinannya untuk mencuba warna-warna mekap yang berbeza membuatkan dia terus menjadi salah seorang diva untuk VIVA GLAM bagi jenama mekap terkenal, M.A.C. Minaj adalah pencinta gincu dan mengenakan gincu berona lavender pastel keluaran M.A.C daripada koleksi VIVA GLAM yang disokongnya.
Baru-baru ini, Minaj telah meraikan peminatnya di cawangan M.A.C PRO, Robertson Blvd serta menghadiri kempen HIV/AIDS oleh Elton John di Parti Anugerah Academy dan cuba teka gincu apa yang digunakannya? Mestilah VIVA GLAM daripada M.A.C dan rona gincu tersebut sememangnya diinspirasikan oleh Minaj sendiri. Dia kelihatan anggun mengenakan gaun yang warnanya hampir sama dengan rona gincunya.
Untuk pengetahuan anda, segala hasil penjualan rangkaian produk VIVA GLAM ini akan disalurkan kepada tabung HIV/AIDS oleh M.A.C. Turut dipancing oleh syarikat mekap gergasi ini bagi menyokong kempen murni mereka adalah Lady Gaga dan Cyndi Lauper.

Share via
Copy link