Panduan Rambut Sihat Bersinar Khusus Buat Hijab Sisters!

Teks : Razin Mohd

 

Rutin penjagaan rambut buat gadis berhijab bukan satu perkara yang boleh diambil remeh. Tanpa penjagaan dan perlindungan dengan baik rambut akan lebih mudah rosak, putus dan tampak tidak bermaya terutamanya di dalam lilitan hijab.

 

Gambar : Shutterstock

 

EH! percaya setiap wanita pasti inginkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar tidak kiralah sama ada anda bertudung atau tidak, namun atas faktor masa, kerja dan tekanan ramai antara wanita mengambil mudah berkenaan hal penjagaan rambut. Biarpun lilitan tudung sudah cantik diikat tetapi jangan abaikan pula kesihatan rambut di dalamnya. EH! prihatin tentang masalah yang membelenggu gadis berhijab hari ini dan kami bariskan beberapa tip yang wajib dilakukan jika anda inginkan rambut yang lebih sihat dan bersinar.

 

 

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse


 

EH! tahu bahawa ‘hijabster’ sekalian memang kesuntukkan masa, oleh itu kita cadangkan anda untuk menggunakan pengering rambut yang tampil dengan enjin kuasa tinggi supaya ia tidak mengambil masa yang lama. Pengering rambut Dyson SupersonicTM tampil dengan digital motor V9 dimana ia merupakan antara pengering rambut terpantas di pasaran hari ini. Selain itu, ia juga punya microprocessor yang pintar dalam mengimbangi kadar suhu, ini amat penting dalam menjaga rambut anda supaya ia tidak terlalu panas dan merosakkan rambut sewaktu proses pengeringan. Dengan menggunakan Dyson SupersonicTM anda boleh menjimatkant masa untuk mengeringkan rambut dan dalam masa yang sama memelihara kesihatan rambut! Dengan reka bentuk futuristik, pengering rambut ini juga tidak bising dan bergegar bila digunakan, ini adalah kerana ia hadir dengan rubber mount yang membantu motor pengering supaya tidak bergegar seterusnya menyalurkan bunyi tersebut di antara motor dan bekas pengering rambut.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link