Panduan Rambut Sihat Bersinar Khusus Buat Hijab Sisters!

Teks : Razin Mohd

 

Rutin penjagaan rambut buat gadis berhijab bukan satu perkara yang boleh diambil remeh. Tanpa penjagaan dan perlindungan dengan baik rambut akan lebih mudah rosak, putus dan tampak tidak bermaya terutamanya di dalam lilitan hijab.

 

Gambar : Shutterstock

 

EH! percaya setiap wanita pasti inginkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar tidak kiralah sama ada anda bertudung atau tidak, namun atas faktor masa, kerja dan tekanan ramai antara wanita mengambil mudah berkenaan hal penjagaan rambut. Biarpun lilitan tudung sudah cantik diikat tetapi jangan abaikan pula kesihatan rambut di dalamnya. EH! prihatin tentang masalah yang membelenggu gadis berhijab hari ini dan kami bariskan beberapa tip yang wajib dilakukan jika anda inginkan rambut yang lebih sihat dan bersinar.

 

 

3 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse


#2 JANGAN MEMBERUS RAMBUT MENGGUNAKAN JARI

 

 

Pengaruh iklan syampu yang mana mengurus rambut menggunakan jari sahaja bukan lah satu cara yang baik buat rambut anda. Terutamanya buat anda yang memiliki tekstur rambut yang nipis dan kering. Antara cara yang terbaik adalah dengan menggunakan sikat, rapikan rambut dengan sedikit aplikasi serum, kemudian keringkan rambut sambil menyikat rambut dengan lembut.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link