Panduan Rambut Sihat Bersinar Khusus Buat Hijab Sisters!

Teks : Razin Mohd

 

Rutin penjagaan rambut buat gadis berhijab bukan satu perkara yang boleh diambil remeh. Tanpa penjagaan dan perlindungan dengan baik rambut akan lebih mudah rosak, putus dan tampak tidak bermaya terutamanya di dalam lilitan hijab.

 

Gambar : Shutterstock

 

EH! percaya setiap wanita pasti inginkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar tidak kiralah sama ada anda bertudung atau tidak, namun atas faktor masa, kerja dan tekanan ramai antara wanita mengambil mudah berkenaan hal penjagaan rambut. Biarpun lilitan tudung sudah cantik diikat tetapi jangan abaikan pula kesihatan rambut di dalamnya. EH! prihatin tentang masalah yang membelenggu gadis berhijab hari ini dan kami bariskan beberapa tip yang wajib dilakukan jika anda inginkan rambut yang lebih sihat dan bersinar.

 

 

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse


#3 JANGAN MENGIKAT RAMBUT DENGAN KETAT

 

 

Sebelum mengayakan tudung anda perlu mengikat rambut dengan kemas dan rapi supaya tiada rambut yang terkeluar, namun ada antara gadis berhijab yang gemar mengikat rambut dengan ketat  langsung memberi rasa tidak selesa pada kepala. Hal ini seterusnya memberi kesan buruk pada rambut yang menyebabkan ia mudah putus juga boleh mengakibatkan sakit kepala. EH! sarankan anda mengikat rambut dengan selesa dan kemas, tanpa perlu diketatkan dan menarik rambut dengan kuat ke belakang.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link