Panduan Rambut Sihat Bersinar Khusus Buat Hijab Sisters!

Teks : Razin Mohd

 

Rutin penjagaan rambut buat gadis berhijab bukan satu perkara yang boleh diambil remeh. Tanpa penjagaan dan perlindungan dengan baik rambut akan lebih mudah rosak, putus dan tampak tidak bermaya terutamanya di dalam lilitan hijab.

 

Gambar : Shutterstock

 

EH! percaya setiap wanita pasti inginkan rambut yang lebat, kuat dan bersinar tidak kiralah sama ada anda bertudung atau tidak, namun atas faktor masa, kerja dan tekanan ramai antara wanita mengambil mudah berkenaan hal penjagaan rambut. Biarpun lilitan tudung sudah cantik diikat tetapi jangan abaikan pula kesihatan rambut di dalamnya. EH! prihatin tentang masalah yang membelenggu gadis berhijab hari ini dan kami bariskan beberapa tip yang wajib dilakukan jika anda inginkan rambut yang lebih sihat dan bersinar.

 

 

6 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse


#4 HANYA MENCUCI RAMBUT BILA IA BERMINYAK DAN TIDAK SELESA

 

 

Rambut yang tidak kerap dicuci bakal  mengakibatkan rasa tidak selesa dan kelemumur, terutamanya buat anda yang menggayakan tudung. Anda dinasihatkan mencuci rambut dua hari sekali, dengan ini kulit kepala akan tampil lebih segar, dan rambut juga dapat bernafas dan tidak menyebabkan rambut berbau. Dalam medapatkan cucian sempurna, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan perapi agar ia lebih lembut dan mudah diurus semasa dikeringkan.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link