Pengguna Mengadu Sakit Kepala Pabila Menggunakan Produk Kosmetik Kylie Jenner

Produk kosmetik keluaran Kylie Jenner iaitu palet pembayang mata Kylie Royal Peach terima aduan dari pengguna yang mana ia mempunyai bau bahan kimia serta gam yang kuat selepas dibuka.

 

Gambar : Instagram Kylie Jenner

 

Setakat ini, 15 orang pengguna mengadu perkara yang sama. Ada diantaranya mengadu yang bau tersebut seakan bau penyembur cat atau paint thinner. Disebabkan perkara itu, mereka terpaksa membuangnya meskipun produk itu baru sahaja dibeli.

 

Ada sesetengah pengguna pula mengadu sakit kepala apabila terhidu bau produk tersebut. Setelah itu, pihak kosmetik Kylie Jenner memeriksa bau kuat itu dan akhirnya mendapati bahawa ia berpunca dari kotak bungkusan tersebut.

 

Gambar : Instagram Kylie Cosmetics

 

Mereka juga menyatakan yang mana produk Kylie Jenner adalah selamat dan tidak merbahayakan untuk kulit. Produk kecantikan keluaran selebriti realiti ini sememangnya banyak yang telah dipalsukan dan dek kerana itu, Kylie banyak kali berpesan kepada penggunanya supaya membeli produk yang asli dan dapatkannya dari pengedar kosmetiknya yang sah.

 

Sebelum ini, lipkit by Kylie turut pernah menerima aduan kerana susah untuk ditanggalkan.

 

Sumber : Cosmopolitan.my

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link