Sentuhan Kediaman Yang Lebih Eksklusif Dengan Rangkaian Produk Dyson

 

Teks: Anis Hanini

 

Kediaman adalah syurga peribadi kita, jadi pabila dihias dengan perabot serta item-item bagi menaikkan lagi seri, kita pastinya akan terasa lebih tenang dan gembira. Namun begitu, penyelenggaraan bukan sesuatu yang ramai gemar lakukan kerana ia memakan masa dan memenatkan.

 

Hadir tiga produk terkini daripada Dyson bagi membantu memudahkan anda menyelesaikan tugasan dengan pantas tanpa break a sweat dan pada masa yang sama memberi rasa eksklusif pada kediaman! Membersihkan rumah kini lebih mudah dengan tiga produk Dyson yang mesti dimiliki hari ini.

 

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

DYSON V11 ABSOLUTE

 

Vakum paling pintar dan powerful, ia mampu membersihkan mana-mana bahagian kediaman dengan mudah menggunakan motor digital V11 Dyson terbaru. Lengkap dengan bateri Dyson paling bertenaga, pengguna boleh membersih lantai selama 60 minit malah ia juga mempunyai kuasa penyedutan 20 peratus lebih baik berbanding vakum Dyson CycloneV10.

 

Pengguna boleh memilih daripada tiga mod mudah iaitu Eco, Auto dan Boost pada skrin paparan LCD. Ia direka dengan kepala vakum High Torque dengan sistem Dynamic Load Sensor yang mengenal pasti antara permukaan karpet mahupun lantai secara automatik.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link