Sentuhan Kediaman Yang Lebih Eksklusif Dengan Rangkaian Produk Dyson

 

Teks: Anis Hanini

 

Kediaman adalah syurga peribadi kita, jadi pabila dihias dengan perabot serta item-item bagi menaikkan lagi seri, kita pastinya akan terasa lebih tenang dan gembira. Namun begitu, penyelenggaraan bukan sesuatu yang ramai gemar lakukan kerana ia memakan masa dan memenatkan.

 

Hadir tiga produk terkini daripada Dyson bagi membantu memudahkan anda menyelesaikan tugasan dengan pantas tanpa break a sweat dan pada masa yang sama memberi rasa eksklusif pada kediaman! Membersihkan rumah kini lebih mudah dengan tiga produk Dyson yang mesti dimiliki hari ini.

 

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

DYSON LIGHTCYCLE TAST LIGHT

 

Lampu khas terkini yang direka untuk mengurangkan bebanan pada mata dan pada masa yang sama memberikan pencahayaan yang cukup di waktu siang. Ia direka untuk memberi sokongan pada jam badan anda dengan penjejak cahaya waktu siang yang mengubah suhu dan keterangan cahaya mengikut cahaya sekeliling anda.

 

Lebih menarik, produk ini juga direka untuk mengurangkan kepedihan mata dengan 1,000 kecerahan Lux, pelindungan silau dan kedipan optikal rendah. Dyson LightcycleTM Tast Light ini juga mampu mengekalkan kualiti cahaya selama 60 tahun kerana ia menggunakan teknologi Heat Pipe.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link