Pupur Dan Lulur Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit Anda

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pemakaian pupur dan amalan lulur memang perlu mengikut kesesuaian jenis kulit. Jadi ketahui jenis kulit anda dan cara memakainya!

 

Gambar : Shutterstock

 

Terdapat pelbagai jenis pupur dan lulur yang ada di pasaran, namun yang mana sesuai dengan jenis kulit anda? Kandungan dalam setiap jenisnya adalah berbeza-beza, ada yang hanya berunsurkan bahan semula jadi dan ada juga yang berunsurkan bahan kimia seperti retinol, semuanya berbalik kepada kesesuaian jenis kulit.

 

Menariknya kedua-dua produk ini ada persamaannya iaitu anda boleh mengadunnya sendiri di rumah! Dan bahan pupur yang sesuai dengan kulit anda, maka begitulah juga bahan untuk lulur.

 

Misalnya, bagi kulit sensitif, eloklah menggunakan pupur dan lulur yang berunsurkan bahan-bahan semula jadi, ia selamat digunakan tanpa merengsakan kulit. Berbeza pula dengan kulit normal atau berminyak, mungkin bahan kimia yang tidak keterlaluan boleh membantu dan memberi kebaikan kepada kulit.

 

Bagaimanakah teknik pemakaian pupur? Keadaan kulit yang bersih adalah perlu ketika memakai pupur, bersihkan kulit dahulu dengan lulur, ia mampu menanggalkan sel-sel mati dan kotoran pada kulit.

 

Maka khasiat pupur mudah untuk menyerap ke dalam kulit. Ia boleh digunakan setiap hari atau pada masa lapang anda. Anda boleh menggunakan pupur jenis menghidrat, pengelupasan, melembap, mencerah atau pembersihan, terserah kepada keperluan kulit anda.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link