Rahsia Kulit Cerah Berseri

Sempurnakan solekan wajah dengan produk terbaru 10 dalam 1 dari Sulwhasoo.

 

Untitled-Session656964

 

 

Perkara paling penting dalam mendapatkan solekan yang kekal dan tampak menawan sebenarnya bermula dengan pilihan bedak asas. Sekali tersilap memilih bedak asas, solekan akan tampak comot, bercapuk dan mungkin juga tidak sekata dengan tona kulit.

 

1

 

 

AMOREPACIFIC berjaya menghasil dan memperkenalkan produk pertama yang menggunakan kusyen lembut dalam pasaran kecantikan ketika tahun 2008. Ianya telah menarik perhatian global dan sekali gus membawa transformasi buat produk solekan rutin asas wanita di seluruh pelusuk dunia.

 

Sulwhasoo melancarkan produk kecantikan yang hadir bersama kusyen lembut, Sulwhasoo Perfecting Cushion di Korea pada bulan Mei 2013. Bedak asas dengan kusyen lembut dihasilkan dengan teknologi Cell-trap, iaitu satu teknologi yang memerangkap cecair bedak asas ke dalam span lembut dengan 800,000 lubang halus, yang juga memastikan kulit wajah mendapat amaun cecair bedak asas setiap kali ianya disapukan pada kulit wajah.

 

Selain itu, Aircell puff yang hadir bersama Sulwhasoo Perfecting Cushion ini turut membantu suhu kulit untuk dingin yang memberikan kesan langsung pada hasil litupan solekan dan durasinya. Bedak asas ini hanya perlukan sapuan tipis pada wajah yang dapat memberikan hasil yang halus mulus serta tahan lama sepanjang hari.

 

3 (1)

 

 

Sulwhasoo Perfecting Cushion adalah all-in-one bedak asas kusyen yang mana mengandungi pelindung cahaya matahari SPF50++ dan  lebih banyak manfaat dalam penjagaan kulit. Ianya mengandungi kompleks minyak isirong aprikot dan JAUM Balancing Complex™, yang  mengelakkan kolagen kulit dari rosak, menyalurkan hidrasi yang lebih lama, memastikan keanjalan kulit dan menjanjikan serta mengaktifkan keserian sihat pada kulit.

  

Teknologi Watercolour memberikan kesan litupan lebih sempurna disamping mengurangkan garis, kedutan dan tompok pada wajah. Teknologi Flexible Film-fixing Polymer pula menghasilkan pelindungan halus pada kulit untuk memastikan kulit tampak lebih halus dan lembut selama lebih 12 jam.

 

Brightening-Cushion_Cover-312sulwhasoo-ingredients

 

Yang terbaru, Perfecting Cushion Brightening, adalah satu penanda aras baru dalam mencapai kulit cerah dan bersih. Ianya meingkatkan seri kulit dengan kemasan akhir seakan satin lembut yang boleh bertahan selama 12 jam.

 

Kulit cerah dan berseri:

Ekstrak magnolia putih mengandungi kesan pencerahan dengan bertindak dalam mengurangkan pterhasilnya melanin iaitu masalah pigmentasi yang menjadikan kulit lebih gelap. Pearlescent Complex pula membantu dalam memberikan kulit yang berseri secara semula jadi.

 

Kulit bersih:

Licorice Purifying Water mempunyai keistimewaan dengan sifat memulih dan detoksifikasi, melancarkan peredaran darah dengan melawan pigmentasi dan meningkatkan kulit bersih.

White Ginseng Poysaccharide pula membaiki kulit yang kusam dan pucat kekuningan.

 

Halus sempurna, tekstur kulit lembut:

Sistem perangkap minyak pula menanam elastomers yang berkelompok di bawah lapisan epidermis kulit yang membentuk jaringan pelindung dari sebum yang berlebihan. Jadi, sebarang minyak yang terhasil pada kulit akan diserap oleh elastromers yang memberikan hasil yang tidak melekit, ringan dan kemasan akhir soft-matte.

 

Sulwhasoo Perfecting Cushion dan Perfecting Cushion Brightening hadir dengan empat tona mengikut rona kulit dari light pink ke deep beige.

Kaunter Sulwhasoo terdapat di Parkson Pavilion, Parkson KLCC, Parkson 1 Utama dan Parkson Gurney Plaza, Penang.

 

Tebus sampel percuma Perfecting Cushion di Facebook Sulwhasoo ini.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link