Rahsia Kulit Wajah Siti Saleha Cerah Berseri Remaja

Dwiserum ikonik Clarins Double Serum kini dihasilkan semula bersama teknologi juga kandungan daripada ekstrak tumbuhan 20+1 untuk wajah lebih berseri, juga lebih muda!

 

 

Sudah menjadi serum terunggul sejak tahun 1985, Clarins kali ini memperbaharui Double Serum dalam generasi ke lapan dengan intipati yang bertindak lebih berkesan serta selesa kala diaplikasikan pada wajah. Berkolaborasi bersama pasukan Dr. Yves Pumay (kajian selular biologi School of Medical Namur, Belgium), Makmal Clarins telah menemui hubung kait antara mikrodomain lipid dan penuaan kulit.

 

Buat anda yang pernah atau menjadi pengikut setia produk ikonik daripada Clarins ini anda pasti dapat merasakan kehebatannya kerana kali ini ia memperkukuhkan lima fungsi penting dalam mengembalikan seri keremajaan kulit dengan memperbaiki, pengoksigenan, nutrisi, penghidratan dan perlindungan.

 

 

EKSPRESI + MENDENGAR

 

Seperti kesemua kehidupan alam, sel juga punya cara komunikasinya tersendiri untuk disampaikan kepada sel-sel lain. Jika terdapat masalah pada komunikasi selular tersebut bakal mengganggu keseimbangan kulit dan memburukkan lagi proses penuaan. Kesannya ia bakal melambatkan penjanaan semula sel, dehidrasi juga keserian dan keanjalan kulit akan hilang.

Buat pertama kali Clarins menghuraikan bahasa komunikasi antara sel untuk mengekalkan keremajaan kulit dengan sistem mendengar yang mana ia belum pernah lagi di terokai: mikrodomain lipid. Mikrodomain ini membolehkan sel-sel mendengar mesej dari persekitaran mereka dengan baik dan ini merupakan kunci utama buat keremajaan kulit.

 

EKSPRESI – Memperkukuh selular ekspresi

 

Makmal Clarins telah mengumpul 100 jenis ekstrak tumbuhan dan mengkaji kesannya terhadap kulit. Sebanyak 18 ekstrak tumbuhan berprestasi tinggi dan dua bahan berasaskan tumbuhan yang memberi sasaran khusus pada kulit telah ditemui. Kesemua tumbuhan yang telah diterokai ini digabungkan dalam satu botol Double Serum ini untuk mencapai dan memperkukuhkan lima fungsi utama yang diperlukan oleh kulit.

 

MENDENGAR – Mengoptimumkan selular ‘pendengaran’ secara natural

 

Clarins memilih bahan paling berkuasa iaitu ekstrak kunyit (diperkaya dengan tumerone) yang mampu melindungi sel mendengar pada mikrodomain lipid. Turmerone merupakan molekul pemboleh ubah, aromatik, lipofilik yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan pokok kerana ia memudahkan interaksi dengan tumbuhan lain. Penyelidik telah mengasingkan ekstrak kunyit dan dititikberatkan pada turmerone 65% kemudian menguji keupayaannya untuk melindungi mikrodomain lipid (in vitro study). Hasil kajian tersebut mendapati ia berjaya memelihara keupayaan ‘mendengar’. Meningkatkan komunikasi selular yang lebih baik dan mengoptimumkan 5 fungsi penting yang diperlukan oleh kulit.

 

Klik link ini untuk ketahui informasi lanjut http://www.clarins.com.my/en/double-serum/double-anti-ageing-performance/

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link