Rahsia Orang Jepun Cerahkan Kulit Dibotolkan

Orang Asia memang obses dengan rejim penjagaan kulit dan kita lebih cenderung memilih rangkaian produk yang boleh mencerahkan kulit. Maka dengan itu tidak hairanlah mengapa banyak produk pencerahan kulit begitu laku di negara-negara Asia. Para saintis juga berterusan menjalankan penyelidikan mencari formula juga bahan paling berkesan untuk menjadikan mimpi-mimpi wanita di luar sana satu realiti.

Terbaru KOSÉ, jenama kecantikan ternama dari Jepun memperkenalkan sebotol serum yang diperkaya dengan analisis 3D yang pertama dalam menghentikan tompok-tompok hitam dan mengehntikan sumber melanin yang tidak diperlukan kulit. Penemuan ini adalah hasil pemahaman mereka kepada perpindahan melanosomes dari melanocytes ke sel epidermal.

Menurut Kose mereka memanjangkan masa untuk memahami dan mendapatkan cara paling berkesan untuk bertindak ke atas pigmentasi sekaligus mendapatkan jawapan hal pencerahan. Maka terhasillah One by KOSÉ yang bertindak memudarkan tompok hitam menerusi bahan-bahan yang berkuasa serta berkesan memerangi punca pigmentasi dari lapisan kulit paling dalam.

Antara bahan yang diguna pakai dalam sebotol serum ini ialah ekstrak quince Cina, ekstrak meshimakobu yakni sejenis fungus yang sudah lama dipakai dalam rejim cantik orang Jepun. Serum ini juga disempurnakan dengan asid Kojic yang sudah lama menjadi ejen pencerah dan sudah lebih tiga dekad digunakan dalam produk kecantikan.

Gunakan serum ini setiap pagi dan malam dengan 2 ke 3 pam setiap kali olesan.

Share via
Copy link