Rahsia Rambut Sihat Dengan Kandungan Semula Jadi Dari Aveda

Sama seperti penjagaan wajah, yang mana kulit wajah harus dibelai dengan serum dan pelembap, penjagaan rambut juga penting buat wanita. Mahkota wanita ini harus tampak lembap, segar dan kuat. Tetapi dalam kita menjaga kesihatan kulit dan tubuh kita seringkali alpa tentang kandungan di dalammnya yang rata-ratanya kurang mesra dengan alam persekitaran.

Antara punca utama rambut menjadi kering dan kusam adalah dari pencemaran udara dan cuaca panas, dan punca ini sendiri sebenarnya merupakan kesan buruk dari tabiat kita, asyik sering menggunakan produk dengan bahan-bahan tidak mesra alam sekitar. Mujur kini sudah ada beberapa jenama yang sudah mula mengeluarkan produk penjagaan yang bukan sahaja bermanfaat untuk digunakan pada tubuh tetapi juga menggunakan bahan-bahan asli, vegan, mesra alam dan tidak diuji pada haiwan.

Aveda adalah salah satu darinya, dan kali ini jenama penjagaan rambut yang kaya dengan bahan botanika ini hadir dengan satu rangkaian baharu yang mampu membekalkan semula kelembapan pada rambut juga bebas dari bahan yang mengancam alam sekitar dengan rangkaian baharu Aveda nutriplenish™  dalam bekas serba merah jambu yang menawan.

Mahu mencetus lagi keistimewaan rangkaian produk baharu ini, ia juga jadi kegemaran Eyka Farhana dan Alicia Tan. Saksikan video dibawah untuk saksikan bagaimana Eyka membantu Alicia untuk mengembalikan nutrisi pada rambutnya yang kering.

 

Nutrien penghidratan berkuasa untuk semua jenis rambut dan tekstur

Koleksi nutriplenish™ ini mengetengahkan dua set produk penjagaan iaitu light dan deep moisture yang dirumus tanpa bahan silikon, sepenuhnya vegan, tidak diuji pada haiwan dan juga diformulasikan khas untuk menghidrasi kesemua jenis rambut dan tekstur selama 72 jam. Koleksi ini juga turut menampilkan minyak rambut dan perapi tanpa bilas bagi memberi penghidratan yang lebih mujarab dalam membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh rambut. Tekan butang ‘next’ dibawah untuk ketahui setiap satu darinya!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Rangkaian nutriplenish™ light moisture

nutriplenish™ shampoo light moisture 250ml – RM150

Tampil dalam tekstur berkrim tetapi ringan. Ia mampu mengembalikan semula kelembapan pada rambut kering dengan nutrien yang menghidrasi dengan pantas. Diformulakan dengan mentega mangga, kelapa dan minyak buah delima bersama 94 peratus bahan semula jadi dari tumbuhan juga hadir tanpa bahan mineral petroleum, ia pasti jadi syampu terbaik yang mesra buat anda dan alam sekitar. Istimewanya syampu ini juga dihasilkan bersama teknologi Superfood Complex dan shea butter yang mencuci rambut tanpa menanggalkan minyak semula jadi.

nutriplenish™ conditioner light moisture 250ml – RM155

Diformulakan dengan 96 peratus bahan semula jadi dari tumbuhan dan tanpa bahan mineral petroleum. Ia bukan sahaja melembapkan rambut tetapi juga memberi hasil rambut yang tampil lebih sihat tanpa kekusaman. Ia boleh digunakan sebagai perapi tanpa bilas, aplikasikan pada bahagian tengah rambut ke hujung selepas cucian bersama syampu tanpa dibilas, dan anda boleh stail dan keringkan rambut anda mengikut keinginan tersendiri. Kesemua rangkaian Nutriplenish™ ini juga turut dirumus dengan haruman organik Pure-Fume™ yang hadir dengan gabungan bau koko, buah pelaga, halia dan serai.

Share via
Copy link