Rambut Sihat Walau Dalam Lilitan Hijab

Teks : Razin Mohd

 

Masalah rambut dalam kalangan wanita berhijab sudah jadi antara masalah lazim terutamanya cuaca panas yang diharungi hari ini. Dengan rasa prihatin EH! Mahu kongsikan rahsia rambut sihat dan selesa biarpun dibawah balutan hijab.

 

Gambar : Arkib EH!

 

Kalau sudah cantik di dalam balutan hijab trendy seperti tudung Neelofa, Duck, Arzu dan sebagainya pastinya anda tidak mahu ada rasa sakit kepala, rengsa, gatal atau masalah rambut berbau, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas lembap di Malaysia. EH! percaya anda juga mahu jadi wanita on-the-go dan aktif biarpun dalam apa jua suasana dan keadaan.

 

 

Hari ini kita semua berada di dalam perlumbaan fesyen yang sentiasa berubah-ubah, ramai wanita berhijab sudah berani mencuba sesuatu yang baru, ia juga turut mempengaruhi mereka untuk lebih bebas melakukan hal-hal pekerjaan dan peribadi dengan selesa sepanjang hari. Oleh itu, EH! mahu kongsikan beberapa tip atau panduan yang boleh dicuba untuk rambut yang lebih sihat, segar dan selesa.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse


1. SIKAT RAMBUT SEBELUM MANDI

 

 

Walau anda sibuk dan sentiasa  terkejar-kejarkan masa, jangan buka hijab dan terus ke bilik air untuk mencuci rambut, ini akan membuatkan rambut lebih mudah putus dan gugur akibat kurang pengudaraan dan bersimpul semasa ia dilitupi tudung. Seeloknya rapikan rambut anda terdahulu dengan sikat, beri ia bernafas terdahulu sebelum mencuci.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link