Rambut Sihat Walau Dalam Lilitan Hijab

Teks : Razin Mohd

 

Masalah rambut dalam kalangan wanita berhijab sudah jadi antara masalah lazim terutamanya cuaca panas yang diharungi hari ini. Dengan rasa prihatin EH! Mahu kongsikan rahsia rambut sihat dan selesa biarpun dibawah balutan hijab.

 

Gambar : Arkib EH!

 

Kalau sudah cantik di dalam balutan hijab trendy seperti tudung Neelofa, Duck, Arzu dan sebagainya pastinya anda tidak mahu ada rasa sakit kepala, rengsa, gatal atau masalah rambut berbau, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas lembap di Malaysia. EH! percaya anda juga mahu jadi wanita on-the-go dan aktif biarpun dalam apa jua suasana dan keadaan.

 

 

Hari ini kita semua berada di dalam perlumbaan fesyen yang sentiasa berubah-ubah, ramai wanita berhijab sudah berani mencuba sesuatu yang baru, ia juga turut mempengaruhi mereka untuk lebih bebas melakukan hal-hal pekerjaan dan peribadi dengan selesa sepanjang hari. Oleh itu, EH! mahu kongsikan beberapa tip atau panduan yang boleh dicuba untuk rambut yang lebih sihat, segar dan selesa.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse


4. ELAKKAN MENGIKAT RAMBUT DENGAN KETAT SEBELUM MEMAKAI TUDUNG

 

 

Kalau anda rasa mengikat rambut dengan ketat dan rapi sebelum memakai tudung itu lebih baik? Anda salah! Pemakaian tudung menjadikan rambut dan kulit kepala lebih terhad dengan pengudaraan, dan dengan mengikat rambut dengan ketat, ia bakal merosakkan kulit kepala dan kondisi rambut. Satu lagi cara yang dapat melegakan rambut anda semua dengan kemas dan stylo iaitu dengan The Dyson Smoothing Nozzle. The Dyson Smoothing Nozzle ini akan mengeringkan rambut dengan pantas dan mudah diurus tanpa rasa “tegang”. Tak percaya, lihat explanasi Akin Konizi, pemenang British Hairdresser of the year.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link