Rambut Sihat Walau Dalam Lilitan Hijab

Teks : Razin Mohd

 

Masalah rambut dalam kalangan wanita berhijab sudah jadi antara masalah lazim terutamanya cuaca panas yang diharungi hari ini. Dengan rasa prihatin EH! Mahu kongsikan rahsia rambut sihat dan selesa biarpun dibawah balutan hijab.

 

Gambar : Arkib EH!

 

Kalau sudah cantik di dalam balutan hijab trendy seperti tudung Neelofa, Duck, Arzu dan sebagainya pastinya anda tidak mahu ada rasa sakit kepala, rengsa, gatal atau masalah rambut berbau, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas lembap di Malaysia. EH! percaya anda juga mahu jadi wanita on-the-go dan aktif biarpun dalam apa jua suasana dan keadaan.

 

 

Hari ini kita semua berada di dalam perlumbaan fesyen yang sentiasa berubah-ubah, ramai wanita berhijab sudah berani mencuba sesuatu yang baru, ia juga turut mempengaruhi mereka untuk lebih bebas melakukan hal-hal pekerjaan dan peribadi dengan selesa sepanjang hari. Oleh itu, EH! mahu kongsikan beberapa tip atau panduan yang boleh dicuba untuk rambut yang lebih sihat, segar dan selesa.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse


5. PILIH JENIS KAIN TUDUNG YANG SESUAI

 

 

Pemilihan fabrik yang sesuai juga turut mempengaruhi keselesaan si pemakai. Ini adalah kerana sistem pengudaraan yang baik dapat menyalurkan udara dingin pada rambut dan kulit kepala. Pilih fabrik yang lembut dan tidak tebal, contohnya seperti jenis kain sifon sutera, crepe, kain kapas Jepun dan linen. Elakkan material kapas yang tebal kerana ia mudah memerangkap haba dan akan membuat kulit kepala lebih cepat berpeluh. Dalam masa yang sama, pemilihan anak tudung juga turut mempengaruhi keselesaan, gunakan anak tudung yang melekap, kemas dan breathable.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link