Resepi Cantik Miranda Kerr

Siapa yang tidak tertawan dengan senyuman manis isteri Orlando Bloom ini? Bukan sahaja mempunyai wajah yang jelita, tetapi dia juga mempunyai badan yang sungguh menawan walaupun sudah melahirkan anak! Sebab utama Miranda kekal cantik kerana dia begitu memahami keperluan badannya dan tahu nutrien yang penting untuknya.

 

Exclusive... Miranda Kerr And Son Flynn At A Gym In Beverly Hills

Gambar: celebritybabyscoop.com

 

Menurut Miranda, dia memulakan harinya dengan air lemon suam kerana ia menghidupkan sistem penghadaman, meningkatkan daya imun badan, membersihkan bahagian dalaman badan serta kaya dengan vitamin C.
resepi cantik miranda kerr 2

Gambar: commonswikimedia.org

Miranda juga ada resepi smoothie yang sememangnya bagus untuk kecantikan dan kesihatan. Setiap pagi dia akan mengisar serbuk acai, buah beri goji, spirulina, serbuk koko mentah, serbuk macca, chia seeds, serbuk vegan rice bersama air kelapa asli dan santan untuk diminum.

 

Bagaimana Smoothie ini Membantu Miranda?

 

Kredit Video: NETAPORTER

 

Acai power kaya dengan mineral, nutrien serta merupakan sumber antioksidan yang baik. Sprilunia dikatakan sebagai makanan tambahan yang paling lengkap di dalam dunia. Serbuk koko mentah tidak mengandungi apa-apa bahan kimia, serbuk macca memberi tenaga dan mencergaskan badan anda.

 

Chia seeds merupakan makanan tambahan yang kaya dengan kalsium, magnesium, iron serta fiber. Vegan rice powder membantu otot anda mengekalkan tenaga sepanjang hari dan bagus untuk mengekalkan tahap gula yang optimum di dalam darah.

 

Jadi, untuk cantik dan sihat, anda perlu bijak dan tahu keperluan badan anda. Bahan-bahan ini boleh didapati di kedai makanan organik atau Cold Storage. Selamat mencuba!
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link