Riasan Kening Dan Solekan Garisan Mata Yang Wajib Dicuba!

 


Teks: Izzati Saadin

 

Dengan cuaca yang tidak menentu pada waktu sekarang, solekan ringkas dengan fokus pada kening dan garisan mata begini sesuai untuk digayakan. Dan anda tidak perlu rungsing akan solekan cair atau comot dek kerana cuaca terlalu panas atau terkena hujan.

 

Gaya Kening Dari Pentas Peragaan Penggunaan garisan mata mampu membuatkan mata kelihatan seksi dan menawan. Ia juga boleh membuatkan mata kelihatan lebih sharp dan galak bagi sesiapa yang memiliki mata kecil.

 

Walaupun solekan mata berkabut sering menjadi pilihan tetapi bagi musim luruh kali ini anda boleh menjadi lebih kreatif dalam bermain dengan solekan garisan mata. Tidak hanya menggunakan warna hitam sahaja, anda juga boleh menggunakan rona seperti coklat atau rona terang untuk tampilkan kelainan.

 

 

EH! cadangkan gaya era tahun 60-an. Lukiskan garis halus hanya pada garisan mata bawah. Biarkan kelopak mata atas bersih tanpa sebarang calitan garisan dan olesan pembayang mata. Selain itu garisan Flicks eyeliner atau cat eyeliner.

 

Riasan fokus kening kini menjdi trend hangat perlu anda cuba. Kening merupakan bahagian yang penting kala merias wajah. Kening adalah bingkai wajah. Terdapat beberapa trend kening yang boleh dicuba antaranya kening yang berstruktur, tebal dan kemas.

 

Solekan kening memberikan elemen androgynous vibe. Selain itu solekan kening bersepah akan memberikan rupa yang semula jadi pada wajah. Ia menjadi pilihan di pentas peragaan Alexander Wang dan Bibhu Mohapatra.

 

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

IN2IT Sphere Waterproof Eyeliner Pen RM37.90

 

Penggaris mata ini kalis air, dakwanya cepat kering dan tahan sepanjang hari. Selain itu pen ini hadir dengan permukaan hujung bola yang unik dan mudah untuk menetapkan tanda garisan serta mudah untuk dilukis dengan kemas. Hadir dengan dua warna iaitu Dark Brown dan Very Black.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link