Rona Pujaan

Oleh: Izzati Saadin
 
looks
 
Tidak kira pembayang mata, gincu, pemerah pipi ataupun pengilat kuku, pasti ada beberapa rona yang sentiasa hangat tidak kira musim.
 
Rata-rata gadis di KL menggayakan solekan yang up-to-date, dengan inspirasi rona yang cukup menawan di pentas peragaan membuat orang ramai ingin saja mencuba. Warna yang serasi kekal digayakan hingga bermusim-musim, mana yang tidak, boleh disimpan buat kenangan.

 

IN2IT Lasting Lipstick (LA 05 sepia)

Gincu merah popi

Gayakan gincu rona ini dengan pembayang mata rona asli dengan tekstur berkilat dan sedikit penyerlah pada tulang pipi. Sekiranya anda berkulit gelap oleskan bronzer untuk menyerlahkan lagi struktur wajah.

 

Pembayang mata tembaga

Gandingkan bersama penggaris mata rona hitam untuk memberi definisi pada mata anda.

Bobby Dazzler_btl

Pengilat Kelabu Gelap

Ia sesuai untuk semua peringkat umur malah tampak sofistikated dan chic! Namun ia boleh tampak terlalu berani juga (edgy), jadi cuba cari pengilat kuku rona kelabu gelap ini dengan sedikit campuran kilauan kelabu terang atau perak.

 

Pemerah pipi rona plum

Sapuan manja pemerah pipi rona plum cair dapat memberikan wajah tampil segar dan bertenaga. Oleskan krim atau cecair pemerah pipi pada buah pipi untuk wajah tampil sempurna.

SAD Waterproof Liquid Eye Liner Turquoise

Pembayang mata dan penggaris mata rona biru

Kehangatan pembayang dan penggaris bibir rona biru terang memang tidak pernah pudar. Cuma pastikan penggunaan rona biru terang ini tidak terlalu retro, jadi teknik berekor bak wingtip tidak serasi digayakan dengan rona ini.

 

Merah semula jadi

Penggunaan lip tint serasi buat anda yang inginkan bibir tampak merah jambu semula jadi seakan-akan ‘lipstick stain’. Kebanyakan orang menggunakannya jika malas untuk memakai solekan atau lebih kepada solekan yang asli.

 

Gincu plum gelap 

Tentunya rona sebegini tidak sesuai untuk digayakan ke pejabat, namun ron plum gelap ini sebenarnya dapat menyerlahkan kulit anda dan juga tampak agak feminin.

 

Penyerlah rona emas dan perak

Ia bukanlah sesuatu yang baru, dan sememangnya dua rona ini sahaja yang biasa dipakai. Yang penting kali ini adalah cara pemakaiannya. Oleskan pada kelopak mata dan tulang pipi untuk tampak wajah lebih menyerlah.

 

Gincu ‘Hot Pink”

Atau lebih dikenali dengan rona fuchsia, ia sememangnya hangat digayakan tidak kira musim. Malah benar atau tidak anda juga pasti pernah ke pejabat memakai rona ini bukan? Jika tidak pun kemungkinan besar anda teringin sekali! Apa yang anda perlu tahu cuma hadkan pada solekan mata, dan anda boleh membawa rona ini di bibir anda dengan cantik sekali.
 
 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link