Solekan Paling Cantik di Golden Globes

Saya punya ramai jurusolek kegemaran, baik tempatan mahupun antarabangsa. Jika di peringkat antarabangsa, Hung Vanngo antara yang sering menjadi pilihan. Seringkali saya β€˜stalk’ Instagram nya semata-mata mahu melihat hasil kerja terbarunya. Dia antara jurusolek yang disenangi selebriti Hollywood. Antara yang sering memanggilnya ialah Selena Gomez, Emily Ratajkowski, Julianne Moore dan termasuklah bintang Bollywood, Deepika Padukone.

Jadi bila tiba majlis anugerah pastinya saya ternanti-nanti siapakah yang menerima riasan magis Hung Vanngo. Untuk Golden Globes yang berlangsung semalam, Hung Vanggo telah menatarias wajah Jodie Comer, yang mana pelakon kelahairan Liverpool ini tercalon dalam katagori aktres terbaik untuk siri TV menerusi aksi hebatnya di dalam siri Killing Eve.

Untuk menyempurnakan look Jodie Comer semalam, Hung Vanngo banyak menggunakan rangkaian alat solek Chanel. Dan yang mencuri perhatian saya ialah dia menggunakan pembayang mata jenis cecair, terbaru dari Chanel; Ombre Premiere Laque Longwear Liquid Eyeshadow dalam dua ton iaitu β€œRising Sun” and β€œDesert Wind”. Selain permaianan pembayang mata, apa yang saya suka tentang solekan ini ialah betapa kemasnya cara Hung Vanngo membentuk kening Jodie. Bulu keningnya bagaikan tersusun satu-satu. Begitu juga dengan layangan pemerah pipi, cukup-cukup sahaja namun tidak terlalu polos.

 

 

View this post on Instagram

 

#GoldenGlobes2020 with @chanel.beauty ❀️. @welovecoco #welovecoco #WorkingWithChanel. Here is the products breakdown: SKIN PREP: Hydra Beauty Micro Liquid Essence Hydra Beauty Camellia Water Cream Illuminating Hydrating Fluid Hydra Beauty Micro Gel Yeux Intense Smoothing Eye Gel Hydra Beauty Nourishing Lip Care Hydra Beauty Essence Mist COMPLEXION: Vitalumiere Aqua in shade β€œ30” Le Correcteur de Chanel Longwear Concealer in shade β€œ20” Les Beiges Sheer Powder in N20 Soleil Tan de Chanel CHEEKS: Baume Essentiel in Sculpting Eclat MagnΓ©tique de Chanel in Metal Peach Joues Contraste Powder Blush in shade β€œ99 Rose Petale”. BROWS: Stylo Soucils Waterproof in shade β€œ806” LΓͺ Gel Sourcils in shade β€œ350” EYES: Stylo Yeux Waterproof in shade β€œ932 Mat Taupe” Ombre Premiere Laque Longwear Liquid Eyeshadow in shade β€œRising Sun” and β€œDesert Wind” Le Volume Mascara in “10 Noir” LIPS: Rouge Allure Ink Fusion in shade β€œ84 Mauvy Nude”

A post shared by Hung Vanngo (@hungvanngo) on

Jadi apa pendapat anda tentang gaya solekan ini? Saya suka!

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link