Solusi Tiga Masalah Utama Rambut Yang Tidak Ramai Tahu

Masalah rambut kusut, kusam, leper dan berkelemumur adalah yang selalu dihadapi namun  semuanya mampu diatasi dengan rawatan yang teliti!

 

Gambar : Shutterstock

 

Rawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Keindahan rambut mencerminkan kesihatan seseorang. Apabila kusam, tidak bercahaya dan hujungnya bercabang ini menandakan rambut tidak sihat. Masalah rambut disebabkan pola pemakanan yang kurang baik, ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut kurang sesuai.

 

Secara amnya, pertumbuhan rambut normal di antara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan, tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa 100 hari.

 

Rambut berminyak

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan sehingga rambut kelihatan berminyak, tampak basah dan melekit kerana minyak terlalu banyak malah mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. Apabila menghias rambut, biasanya ia tidak kekal lama kerana strukturnya cepat berubah.

 

Cara mengatasi: Satu cara menjaga kesihatan dan kebersihan rambut adalah dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara mencuci rambut dengan kerap dan elakkan rambut diusik dengan kerap. Cuba syampu kering untuk mengelakkan penghasilan minyak berlebihan.

 

Rambut kering

Rambut ini kelihatan mengembang, kering, kusam dan mudah rosak. Ini disebabkan kandungan minyak pada kelenjar lemak sangat sedikit dan kurang aktif. Rambut jenis ini mudah kusut, batang rambut akan rosak dan hujung rambut akan pecah apabila disikat. Ini biasa berlaku apabila rambut diikat kuat.

 

Cara Mengatasi: Jangan malas untuk memakai pupur setiap minggu. Untuk rambut normal mungkin pemakaian pupur atau creambath cukup sekadar sebulan sekali. Namun untuk rambut kering lebih pun tidak mengapa. Oles serum atau minyak sebaik rambut dikeringkan dengan tuala. Itu pun jangan dikeringkan sepenuhnya atau digosok dengan terlalu kuat dengan tuala.

 

Rambut Gugur dan Berkelemumur 

Setiap wanita akan mengalami masalah rambut yang sama iaitu kelemumur dan masalah keguguran rambut. Namun, ramai yang tidak memahami punca sebenar masalah ini. Kelemumur berlaku pada kulit kepala yang sudah mati, kering dan bersisik. Berlaku pengelupasan kulit kepala normal sekitar lima hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala. Kelemumur tumbuh pada semua jenis rambut. Ini bukan penyakit tetapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur terjadi pada remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tiada ketika tua. Keguguran rambut biasanya disebabkan faktor keturunan dan genetik, perubahan hormon, serangan kulat atau bakteria, penggunaan syampu tidak sesuai dengan rambut, tekanan perasaan dan diet tidak seimbang. Tanpa pengambilan karbohidrat, vitamin dan protein, pengambilan vitamin A berlebihan, kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna, menggayakan rambut juga merupakan faktor penting.

 

Cara Mengatasi: Jika rambut anda sentiasa mengalami keguguran dan berkelemumur, ini bermakna rambut anda kering dan kurang vitamin E. Anda juga boleh lakukan:
• Lumur minyak bijan pada kulit kepala sebelum tidur. Syampu dan bilas rambut dengan bersih pada keesokan paginya.
• Jaga rambut dengan betul seperti:
Jangan terlalu kerap mewarnakan rambut.
• Pastikan pewarna rambut tidak terkena akar umbi rambut kerana ini boleh merosakkan struktur rambut.
• Dapatkan nasihat doktor sebelum mewarnakan rambut.
• Pilih pewarna yang tiada bahan berbahaya kepada struktur rambut.
• Setiap kali mencuci rambut pastikan syampu benar-benar bersih, kerana bilasan yang tidak bersih boleh menyebabkan rambut berkelemumur.
• Urut kulit kepala ketika bersyampu agar aliran darah lancar dan menyihatkan akar rambut.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link