Tabiat Yang Wanita Sering Lakukan Ini Boleh Merosakkan Rambut

Rambut adalah mahkota buat semua orang. Tetapi sesetengah orang sering melakukan tabiat buruk ini. EH! senaraikan tabiat yang boleh merosakkan rambut.

 

Gambar : shutterstock

 

Semua orang tahu bahawa banyak perkara drastik yang sering kita lakukan pada rambut boleh merosakkannya seperti dengan mendedahkan rambut pada suhu terlampau panas, meluntur rambut, atau mengikatnya dengan ketat.

 

Namun, ramai yang pertikaikan akan tabiat kecil yang sering dianggap remeh temeh, walhal ia juga boleh merosakkan struktur rambut menjadi lebih teruk. Jika anda mendapati yang rambut anda mengalami masalah keguguran dan rambut rontok dengan lebih kerap dari biasa, inilah masanya untuk anda elakkan dari tabiat-tabiat ini.

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.  Habit Buruk Selepas Mandi

Pasti ramai sudah tahu untuk mengelak dari mencuci rambut dengan air panas dan juga tidak menyampu rambut setiap hari. Kedua-duanya boleh merosakkan rambut dengan lebih teruk. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa mengelap dan menggosok rambut dengan tuala untuk mengeringkan rambut adalah salah satu tabiat kecil yang boleh merosakkan rambut terutama sekali ketika rambut masih basah. Daripada anda melakukan teknik menggosok rambut basah, adalah lebih baik jika anda menggunakan teknik menekan rambut dengan tuala untuk menyerap lembapan dan air lebihan pada rambut.

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link