Tampan Dengan Boy De Chanel

Jika majoriti daripada kaum hawa kini seakan mahu bersolek sentiasa bagi menutup cela di wajah serta meningkatkan ciri-ciri wajah tertentu dan berasa lebih yakin pabila di khalayak ramai, namun mengapa tidak lelaki melakukan perkara yang sama?

 

Peredaran semasa juga seolah bersetuju bahawa make up bukan hanya sekadar mengundang seseorang itu kelihatan feminin, malah ia juga boleh membuatkan personaliti kaum adam tersebut tampak lebih maskulin.

 

 

Chanel akhirnya memperkenalkan Boy De Chanel, himpunan item grooming khusus buat lelaki yang mahu lebih ekstra dalam hal penjagaan diri.

 

Bagi Chanel, kecantikan bukanlah berkait rapat dengan hal jantina tetapi ia adalah hal stail. Hadir dalam bungkusan biru gelap, Boy De Chanel hadir dalam tiga produk asas yakni bedak asas, salap bibir dan juga pensel kening.

 

 

 

Hadir dengan formula yang membuat olesan tampak begitu semula jadi, bagaikan tidak memakai apa-apa dan ia juga dimampankan dengan formula tahan lama.

 

Seperti kata-kata mereka di Chanel, “simply be yourself, only better”. Hei wanita di luar sana, mungkin inilah bingkisan paling istimewa untuk teman lelaki anda. Get him one!

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link