Tiga Cara Ringkas Rawat Rambut Kusut

 

Jika rambut kusut menjadi masalah kepada anda selama ini, jangan risau, Kerastase kini telah menemui penyelesaiannya.

 

Dengan cuaca yang lembap di Malaysia, sekurang-kurangnya 90 peratus wanita yang sering terdedah kepada udara luar akan mengalami masalah rambut kusut. Apabila cuaca terlalu panas, kulit kepala berpeluh lantas menyebabkan rambut tidak terusus. Begitu juga apabila hujan, rambut mendapat gerimis hujan maka rambut menjadi tidak terurus.

 

Jadi terlalu banyak faktor menyebabkan rambut kita mudah kusut. Dengan itu Kerastase melancarkan rangkaian Oleo-Relax, ia merupakan penjagaan rambut yang dicipta khas untuk melembutkan rambut tanpa merosakkannya. Ia menyasarkan pada wanita Asia yang berambut kusut dengan mengekalkan bentuk dan sinar rambut selama 24 jam.

 

Untuk perlindungan rambut sempurna, ikuti tiga langkah ini:

  1. Mencuci

Menggunakan Bain Oleo-Relax untuk bersyampu mampu memberi khasiat pada rambut yang kering dan tidak terurus. Dirumus dengan nutrisi aktif dan Kerastase Morpho Huiles, ia memberikan kawalan anti-kering yang tahan lama.

Bahan-bahan: Minyak Meranti, Minyak Kelapa Sawit dan Polimer Kationik.

 

  1. Merawat

Dalam melindungi rambut selama 24jam bebas kusut, pupur yang dihasilkan hadir dengan formula minyak. Ia berupaya mengekalkan bentuk rambut dengan menyalurkan kelembapan sebanyak 80 peratus sejurus selepas aplikasi. Lantas mengelakkan kulit kepala menjadi kering dan menghasilkan lebih banyak rambut rosak. Selepas mencuci rambut, urutkan pupur ini pada kulit kepala dan seluruh rambut, biarkan selama lima minit dan bilas.

 

  1. Melembut

Langkah terakhir dalam penjagaan rambut Oleo-Relax adalah dengan melembutkan rambut dengan Oleo-Relax Advanced. Dirumus dengan nutrisi aktif dan Kerastase Morpho Huiles. Ia memberikan kelembutan serta merta serta melindungi rambut dari kusut untuk jangka masa yang lama.

 

 

Artikel Berkaitan

Share via
Copy link