Tip Penjagaan Kulit Sepanjang Kita #DudukRumah

 

 

#stayathome atau #dudukrumah antara tanda pagar yang paling popular sejak kebelakangan ini. Ya, untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan kita rakyat Malaysia, kita diminta untuk berada di rumah, hanya keluar jika perlu sahaja. Semenjak #dudukrumah dilaksanakan, penggunaan internet mencanak naik, peratusan penggunaan media sosial khususnya bercambah. Pelbagai hal dikongsikan dari situasi bekerja dari rumah (work from home), ada juga yang berkongsi video senaman di rumah, resipi dan termasuklah hal penjagaan kulit dan solekan. Ada juga yang rimas dengan rambut yang sudah panjang, dan berasa diri tidak terurus. Dan sebahagian pula sudah lama tidak mengoles serum atau krim pelembap di wajah, hanya sekadar mencuci muka sahaja.

Sebenarnya, ketika inilah kita perlu ambil peluang untuk menjaga dan merawat kulit. Kurangnya kita terdedah dengan cahaya matahari dan pencemaran di luar, hal penjagaan kulit lebih mudah. Kalau anda jenis yang banyak menghabiskan masa berjaga hingga lewat malam menonton televisyen atau Netflix, anda perlu beri lebih perhatian kerana tidur lewat sebenarnya boleh menyebabkan beberapa isu masalah kulit.

EH! bariskan tiga situasi atau jenis individu yang popular ketika ini. Dan ketiga-tiga situasi ini ada kesannya pada kulit anda, dan kami sertakan solusinya menggunakan rangkaian produk daripada La Roche Posay, yang mana label penjagaan kulit dermatologi ini merupakan jenama nombor satu yang disyorkan oleh pakar dermatologi. Rangkaian produknya sesuai untuk jenis kulit termasuk kulit sensitif. Jadi, berdasarkan tiga aktiviti di bawah, anda yang mana satu? Atau mungkin ketiga-tiga sekali?

JENIS BERJAGA MALAM

Ramai yang saya percaya berjaga malam sejak #dudukdirumah dilancarkan. Rata-ratanya meluangkan masa menonton televisyen atau online streaming, menonton perlbagai filem atau siri. Berjaga malam dan jadual makan yang tidak tersusun, pengambilan gula dan minyak berlebihan boleh merangsang kelenjar untuk menghasilkan lebih minyak. Bila pori tersumbat maka terhasillah bintik hitam dan jika dibiarkan akan jadi masalah lain seperti jerawat dan liang pori besar.

Jadi jika anda sering berjaga malam kebelakangan ini, usah ambil mudah dalam hal menjaga kulit walaupun anda hanya duduk di rumah. Tiga langkah asas seperti mencuci, menyegar dan melembap mestilah konsisten. Mulakan dengan EFFACLAR PURIFYING FOAMING GEL untuk kulit berminyak, ia membersih dengan lembut dan mengimbangi pH kulit. Ia membersih tanpa menyebabkan masalah kekeringan. Kemudian segarkan kulit dengan SEROZINC CLEANSING & SOOTHING SOLUTION, ia sesuai untuk kulit sensitif. Ia mengandungi zinc sulfate yang membuatkan kulit berminyak kelihatan matte dan tidak berkilat. Akhiri rutin harian ini dengan mengoles EFFACLAR DUO+  yang berkesan dalam mencegah jerawat serta mengurangkan parut atau kesannya.

 

JENIS KERAP MEMAKAI TOPENG MUKA

Bagi yang masih perlu keluar rumah, tidak kiralah pergi membeli barang dapur atau masih pergi bekerja, usah lupa memakai topeng muka. Dalam keadaan sekarang topeng muka adalah asas keperluan. Memakai topeng muka terlalu lama juga membuatkan kulit tidak berasa selesa dan boleh menyebabkan iritasi lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Jika anda mengalami masalah ini boleh mencuba item membersih, menyegar dan melembap La Roche Posay ini. Mulakan dengan membersih menggunakan TOLERIANE DERMO-CLEANSER yang bukan sahaja bertindak sebagai pembersih muka juga berkesan sebagai pencuci solekan. Kemudian sapukan TOLERIANE DERMO-SOOTHING HYDRATING LOTION dan lengkpkan rejim dengan TOLERIANE ULTRA LIGHT, krim pelembap yang bertekstur ringan, yang membuat kulit lembap tanpa rasa melekit. Membuatkan kulit berasa selesa walaupun dalam keadaan memakai topeng.

 

JENIS KERAP MENCUCI TANGAN

Mencuci tangan serta penggunaan hand sanitizer dengan kerap antara alternatif terbaik yang disarankan. Tapi yang menjadi masalahnya ialah kulit tangan menjadi kering.

Jadi bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering produk ini mesti ada atas meja solek atau beg tangan anda. CICAPLAST BAUME B5  adalah krim yang mengandungi MADECASSOSIDE yang melembut dan membantu memperbaiki skin barrier dan dalam masa yang sama melembapkannya. Ia boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh termasuklah wajah. Ia melembap tapi tidak melekit. 

 

Untuk anda yang mahu mendapatkan produk ini, boleh layari watsons.com.my dan nikmati tawaran istimewa daripada La Roche Posay bermua 23 April-24 Aril 2020. Jika anda berbelanja minimum RM150 pada 23 April, anda akan *menikmati potongan harga sebanyak RM18. Masukkan kod promo LRPRM18. Dan untuk anda yang berbelanja produk La Roche Posay minimum RM150 pada 24 April pula, anda berpeluang *menikmati potongan harga RM30 dengan memasukkan kod promo 30RMLRP.

*Bergantung pada terma & syarat. Tawaran ini hanya sah untuk pembelian atas talian Watsons.

Rangkaian La Roche Posay boleh didapati di watsons.com.my

 

 

 

Share via
Copy link