Tip Kemaskan Kening Di Rumah!

Melihat bulu alis yang berserabut dan ada yang mula tumbuh membuatkan bentuk alis kelihatan tidak cantik dan lari dari bentuk yang asal. Ia juga sukar untuk anda melukisnya terutama sekali bagi individu yang tidak mahir dalam melukis kening. Tetapi jika anda tahu bagaimana cara yang betul untuk menguruskan alis yang mula tumbuh, rambut alis anda akan kelihatan cantik dan sihat.

EH! kongsikan beberapa tip daripada Jared Bailey, Benefit Global Brow Expert (Artis Brow Nasional), mengenai cara untuk mengemas dan mengekalkan kening anda sebelum anda menuju ke brow bar! Selamat Mencuba!

 

TIP #1:  Sekiranya anda ingin membentuk semula kening, anda perlu sabar dan tunggu!

Proses pertumbuhan rambut kening memerlukan masa dan kesabaran. Sama seperti rambut di kepala, rambut di kening juga tumbuh dalam satu pusingan. Bergantung pada seberapa sihat folikel rambut alis anda, diperlukan 12 hingga 16 minggu untuk melihat potensi pertumbuhan rambut anda sepenuhnya. Mungkin proses pertumbuhan mengambil masa agak lama sebelum anda dapat melihat hasil sebenar, tetapi percayalah ia akan memberikan hasil yang menawan.

TIP #2: Sekiranya ingin mempercepatkan pertumbuhan bulu alis anda, cuba selitkan produk dan serum tropikal ke dalam rutin penjagaan kulit anda.

Urut tulang alis anda dengan hujung jari ketika anda sedang mengoles produk rutin penjagaan kulit anda. Gunakan hujung jari untuk menepuk atau menekan secara perlahan pada kening kira-kira 30 saat.
Anda boleh menggunakan produk seperti BROWVO! Conditioning primer yang mengandungi ramuan seperti keratin dan protein soya yang diketahui dapat menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Sapukan sebelum tidur dan biarkan ia melakukan ’magis’ sewaktu anda tidur. Hujung aplikator yang diperbuat daripada nodul kecil yang digunakan untuk mengurut kawasan alis, melancarkan pergerakan aliran darah ke saluran yang dapat mendorong pertumbuhan rambut.

 

TIP #3: Sekiranya anda rasa tidak selesa atau merimaskan dengan semua bulu kening tambahan, anda boleh trim but don’t tweeze!

Ambil gel alis jenis atau tekstur jernih dan sikat rambut alis ke atas, ke arah garis rambut dan keluar ke arah pelipis. Biarkan gel kering sepenuhnya sebelum anda memotong hujung rambut kening yang berlebihan untuk mendapatkan bentuk yang anda inginkan.

TIP #4: Sekiranya anda masih perlu membersihkan alis atau sekurang-kurangnya membuat ia kelihatan rapi, gunakan kaedah “hide and enhance”.

Pertama, sembunyikan bulu kening dengan menggunakan penyamar noda liputan penuh seperti Boi-ing Cakeless. Tepuk perlahan pada bulu alis yang masih tumbuh untuk menyembunyikannya.
Kedua, serlahkan bentuk alis anda dengan pensel mikro seperti, Precisely, My Brow Pencil. Pilih warna yang sesuai dengan warna rambut semula jadi anda dan buat gerakkan kecil di kawasan yang memerlukan lebih banyak sokongan semasa fasa pertumbuhan rambut alis.

 

3 ITEM KECANTIKAN BUAT KENING PILIHAN EH!

#1 Boi0ing Cakeless Concealer RM118

#2 BROWVO! Conditioning Eyebrow Primer RM147

#3 Benefit Cosmetics Precisely, My Brow Eyebrow Pencil RM131

Share via
Copy link